A Story for Everything

Since we launched Stories in October 2013, Stories have evolved from singular, personal perspectives to include collective narratives created by our entire community with Snaps submitted to Our Story and curated by our team.
Sejak kami melancarkan Cerita pada bulan Oktober 2013, Cerita telah berkembang dari perspektif tunggal dan peribadi untuk merangkumi naratif kolektif yang dibuat oleh seluruh komuniti kami dengan Snaps yang dihantar ke Cerita Kami dan dikendalikan oleh pasukan kami.
Cerita Kami telah menyediakan acara menarik di seluruh dunia di belakang tabir Snap — dari padang Super Bowl ke Kemuncak Gunung Everest! Lama kelamaan, jumlah Snap yang dicpta oleh komuniti kami dan ditambah kepada Cerita Kami menjadi keterlaluan untuk pasukan kami yang menguruskannya - memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta sesuatu yang baharu.
Kami telah membina satu cara baharu untuk memahami apa yang sedang berlaku di dalam Snap yang telah dihantar kepada Cerita Kami, dan untuk mencipta Cerita baharu menggunakan mesin pembelajaran yang canggih. Keputusannya adalah menakjubkan: anda boleh melakukan carian ke atas lebih sejuta Cerita unik di Snapchat!
Sebagai tambahan kepada Cerita kami yang disusun secara profesional, anda dapat menonton permainan bola keranjang tempatan, melihat apa yang sedang berlaku di bar kegemaran anda, melihat pertunjukan Minggu Fesyen kegemaran anda, mendapat inspirasi dari tempat yang jauh, atau hanya ketik melalui Cerita yang penuh dengan anak anjing - ada Cerita untuk segalanya!
Apa yang terbaik dengan Cerita adalah melihat dunia melalui mata komuniti kita. Ia sangat mudah untuk menambah pandangan anda - hanya ambil Snap dan tambah ke Cerita Kami! Anda mungkin dapati bahawa ia telah dimasukkan ke dalam Cerita yang relevan bergantung kepada apa yang anda Snapkan.
Kami akan mengeluarkan Cerita dalam Carian bermula hari ini di bandaraya terpilih dan kami berharap anda sangat menikmatinya seperti kami!
Back To News