Travel the globe, team up with friends, and let your imagination run free with Bitmoji Paint

Today, we announced Bitmoji Paint, a new game inside of Snapchat where millions of players can come together simultaneously to contribute to one massive collage.

Built by Snap Games Studio, Bitmoji Paint introduces a whole new genre of game inside of Snapchat. Snapchatters’ Bitmojis can travel the globe, team up with friends and let their imagination run free on one shared canvas.
Hari ini, kami mengumumkan Cat Bitmoji, permainan baharu di Snapchat di mana berjuta-juta pemain boleh berkumpul bersama secara serentak untuk menyumbang kepada satu kolaj yang besar.
Dibina oleh Studio Permainan Snap, Cat Bitmoji memperkenalkan sejenis genre permainan yang baharu di Snapchat. Bitmoji Snapchatter boleh melancong sekitar dunia, bekerjasama dengan rakan-rakan dan membebaskan imaginasi mereka di sebuah kanvas yang dikongsi bersama. Kesemua coretan singkat, mesej yang menyeronokkan ataupun pemandangan yang besar boleh dilakukan di Cat Emoji.
Begini cara kerjanya:
  • Pemain menyertai permainan melalui Sembang (di belakang ikon roket) atau Carian, dan berhadapan dengan sebuah planet yang dikelilingi oleh berbilang-bilang pulau yang terapung di angkasa.
  • Setiap pulau merupakan pelayan yang para pemain boleh turut serta dengan pemain sebenar yang lain. Semasa pemain memilih untuk menyertai sebuah pulau, mereka seterusnya akan ditempatkan di sebuah kanvas yang boleh diedit secara langsung.
  • Pemain boleh mengecat, menjelajah dan melepak dengan menukar antara 3 mod: Gerak, Cat dan Peta.
  • Anda boleh menemui Snapchatter yang lain dalam permainan secara organik, dan berkomunikasi dengan mereka melalui menu yang mengandungi emote antara satu sama lain.
  • Ternampak sesuatu yang tidak sesuai? Cepat melaporkannya dengan menggunakan pilihan laporan dalam aplikasi kami.
Kami juga memperkenalkan Token Snap untuk mengkhususkan pengalaman Cat Bitmoji untuk pengguna-pengguna Android. Token Snap adalah barang digital yang boleh dibeli dan disimpan dalam dompet maya yang terikat dengan akaun Snapchat anda. Dalam Cat Bitmoji di Android, Token Snap boleh digunakan pada kasut roda atau papan hover untuk bergerak dengan lebih cepat dalam permainan, atau pada barang-barang seperti pengecat dakwat atau penggelek dakwat untuk menghasilkan ciptaan yang lebih besar.
Cat Bitmoji akan dilancarkan di seluruh dunia bermula hari ini. Kami amat teruja untuk melihat apa yang dicipta oleh komuniti kami untuk membentuk masa hadapan dunia baharu yang artistik ini.
Back To News