Bosco Debuts the “4th of July” Music Video, Shot on Spectacles 3

Today Snap and musical artist Bosco debuted Bosco’s “4th of July” music video, one of the first music videos shot entirely on Spectacles.

For this project, Bosco took on the role of co-creative director, putting Spectacles on real-life artistic couple MELO-X and Corey Wash to shoot and star in the video, capturing the emotions of the song. The video captures the couple’s relationship from their first-person perspectives, unfolding with love, adventure and spontaneity.
Hari ini Snap dan artis musik Bosco melancarkan video musik "4hb Julai" Bosco, salah satu antara video musik yang pertama dirakam penuh di Spectacles.
Untuk projek ini, Bosco mengambil peranan sebagai pengarah kreatif bersama, meletakkan Spectacles pada pasangan artistik realiti MELO-X dan Corey Wash untuk merakam dan membintangi video tersebut, mengabadikan emosi lagu itu. Video ini merakam hubungan pasangan tersebut melalui perspektif orang pertama mereka, membentangkan cinta, pengembaraan dan kespontanan.
Corey dan MELO-X diperkenalkan sebagai avatar dalam format permainan video yang nostalgia, memasuki skrin pilihan pemain dan memuatkan kenangan pasangan tersebut. Sepanjang video tersebut, sebuah avatar lain melawat kenangan masa lalu ini, dengan Lenses realiti tambahan mencerminkan emosi kenangan tersebut. Lenses yang dipaparkan sepanjang video tersebut dicipta oleh komuniti pencipta global Snap, termasuk Clara Bacou and Velvet Spectrum.
Diperkenalkan pada 2019, Spectacles 3 adalah cermin mata hitam dua kamera yang direka untuk merakam foto dan video 3D yang boleh ditransformasikan dengan kesan realiti tambahan. Diinspirasikan oleh mata manusia, Spectacles 3 merakam kedalaman dan dimensi dengan cara yang sama seperti mata kita, menyediakan satu canvas 3D yang kaya untuk merakam dunia ini, seperti yang telah dilihat. Pasukan Spectacles telah bekerjasama dengan sejumlah artis dan pencipta sehingga kini, termasuk filem pendek eksperimen Harmony Korine Duck Duck, untuk menolak batasan realiti tambahan dan teknologi kamera lebih jauh.
Tontonlah video musik Bosco "4hb Julai" di sini, dan pergi ke belakang tabir rakaman video tersebut di sini.
Back To News