iOS Update: Bug Fixes and More

There’s a new iOS version available in the App Store today. It includes some critical fixes for bugs and crashes, so please download it if you’ve been experiencing issues.
Pasukan Snapchat telah berkembang pesat bulan ini. Ketibaan musim panas telah membawa bersamanya pelatih kejuruteraan musim panas dan ahli pasukan lain yang baharu. Kami teruja untuk berkembang dengan lebih laju lagi!
Terdapat versi iOS baharu di App Store hari ini. Ia termasuk beberapa pembaikan kritikal untuk pepijat dan kerosakan, oleh itu, sila muat turun jika anda mengalami isu ini.
Kami juga sedang mencuba sesuatu yang baharu untuk keluaran ini. Seperti yang anda ketahui, Snapchat adalah untuk remaja dan dewasa - kanak-kanak berusia bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk mencipta akaun. Kemas kini iOS sebelum ini memperkenalkan had-umur, di mana kami bertanya kepada orang ramai umur mereka pada skrin pendaftaran dan melarang mereka daripada meneruskan sekiranya berumur bawah 13 tahun. Ini adalah cara yang amat biasa untuk menangani perkara sebegini, namun ia tidak menyediakan pengalaman yang begitu baik. Oleh itu, sekarang, selain mengehadkan usia, kami telah memutuskan untuk mencuba sesuatu yang sedekit berbeza.
Dalam versi iOS yang baharu, kanak-kanak berusia bawah 13 tahun boleh mengisi borang pendaftaran, namun maklumat pengguna mereka tidak dihantar kepada kami dan akaun tidak akan dicipta. Sebaliknya mereka dapat menggunakan "SnapKidz" versi Snapchat yang menyediakan antaramuka untuk mengambil gambar, kapsyen, melukis, dan menyimpannya secara tempatan pada peranti, tetapi tidak dapat menghantar dan menerima gambar atau menambah rakan. Kami sedang mencubanya dahulu di iOS dan jika semuanya berjalan lancar, kami berharap untuk memasukkannya ke dalam kemas kini Android yang akan datang.
Sementara kami melakukannya, kami telah mengemaskini Dasar Privasi kami. Kami berharap versi baharu ini dapat membekalkan lebih banyak maklumat terperinci tentang amalan kami. Jangan bimbang, kami tidak mengubah cara kami menangani maklumat anda, termasuk menyimpan dan memadam snap.
Kami juga telah mengubah Terma Penggunaan kami untuk memasukkan SnapKidz dan beberapa perkara lain yang perlu dikemas kini. Kami akan mengedit Terma Penggunaan dari masa ke masa untuk terus menjadikannya lebih mudah untuk dibaca dan difahami.
Bergembira Snapping!
Back To News