Chat 2.0

Today, we’re excited to introduce Chat 2.0. You can start by sending a few chats, and when your friend shows up, start talking or video chatting instantly with one tap. Your friend can simply listen if you want to sing them a song, or watch if you have a new puppy to show them. If they aren’t there, you can quickly send an audio note to say what you mean. And sometimes, a sticker says it best :)
Semasa kami mula-mula melancarkan Sembang, matlamat kami adalah untuk meniru bahagian terbaik perbualan bersemuka. Sembang 1.0 adalah berkenaan dengan kegembiraan berada di sini - apabila kebanyakkan aplikasi memberitahu anda bila rakan anda sedang menaip, Sembang memberitahu anda bahawa rakan anda sedang mendengar. Dua tahun kemudian, kami banyak belajar tentang bagaimana orang bercakap, tetapi matlamat kekal sama. Kami mahu Sembang menjadi cara terbaik untuk berkomunikasi - kedua terbaik selepas melepak dengan bersemuka.
Hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan Chat 2.0. Anda boleh bermula dengan menghantar beberapa perbualan, dan apabila rakan anda muncul, mulailah bercakap atau berbual video dengan satu ketikan. Rakan anda boleh memilih untuk hanya mendengar jika anda ingin menyanyikan sebuah lagu, atau menonton jika anda mempunyai anak anjing baharu untuk ditunjukkan kepadanya. Sekiranya mereka tidak ada, anda boleh menghantar nota audio untuk menyatakan maksud anda. Kadang kala, menghantar pelekat adalah lebih baik :)
Yang paling kami gemari tentang Sembang baharu ini adalah betapa mudahnya anda beralih antara semua cara berkomunikasi ini - sama seperti anda melakukannya sendiri secara bersemuka. Apabila itu mungkin berlaku, anda tidak menghantar teks, menelepon, atau berbual video ... anda hanya bercakap. Kami telah mengusahakan reka bentuk semula ini untuk beberapa waktu - kami tidak sabar untuk mendengar pendapat anda!
Kami juga memperkenalkan Cerita Auto-Maju, cara terpantas untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan anda. Apabila anda selesai dengan sesuatu Cerita, kisah seterusnya bermula secara automatik - hanya leret ke tepi untuk maju ke depan, atau leret ke bawah untuk keluar!
Akhir sekali, kami mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami, menukar beberapa perkara menjadi lebih jelas, dan membina asas untuk produk baharu yang hebat yang akan datang. Lihat Pusat Privasibaharu kami untuk maklumat lanjut!
Back To News