Happy Holidays

The holidays are a great time to hang out with friends and spend time with family – it’s always better together! We couldn’t think of a better time to announce Groups, a new way to communicate with up to 16 friends on Snapchat.
Percutian adalah masa yang bagus untuk melepak bersama rakan-rakan dan meluangkan masa bersama keluarga - ia selalunya lebih baik untuk bersama-sama! Kami tidak dapat memikirkan masa yang lebih baik untuk mengumumkan Grup, cara baharu untuk berkomunikasi sehingga 16 rakan-rakan anda di Snapchat.
Grup boleh dicipta dengan menghantar Snap, atau apabila anda membuat Sembang baharu. Apabila rakan-rakan anda berada di dalam Grup Sembang, kami akan menunjukkan nama mereka di bahagian bawah Sembang tersebut. Hanya ketik pada nama mereka untuk memulakan Sembang 1:1 dan kembali dengan mudah ke Grup dengan satu leret! Kami menamakan ini Sembang Pantas, dan ia cara lebih cepat untuk memastikan perbualan diteruskan dengan seorang rakan tanpa penspaman keseluruhan Grup.
Sembang yang dihantar ke Grup akan dipadam secara lalai selepas 24 jam. Snap yang dihantar ke dalam Grup akan dibuka dan diulang tayang hanya sekali oleh setiap penerima. Sekiranya Snap tidak dibuka, ia akan dipadam selepas 24 jam, sama seperti Sembang.
Kami juga memperkenalkan dua Peralatan Kreatif baharu, Gunting dan Beberus Cat. Guna Gunting untuk memotong bahagian Snap di Skrin Pratonton untuk menukarkannya kepada stiker! Beberus Cat boleh digunakan di dalam Memori, dan menukar Snap menjadi karya agung artistik!
Kami sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih untuk satu lagi tahun yang hebat - kami sangat suka membina produk untuk anda semua! Selamat tahun baharu 2017.
Back To News