Introducing Snapcash

Today is a big day for us - we are launching our first product created in partnership with another company. We’re huge fans of the folks at Square and have been big admirers of Square Cash since it launched – just type a dollar amount into the subject line of an email and send cash to friends. Genius!
Hari ini adalah hari penting bagi kami - kami melancarkan produk pertama kami yang dreka bentuk dengan kerjasama syarikat lain. Kami sangat meminati mereka yang di Square dan adalah peminat Square Tunai sejak ia dilancarkan - hanya taip amaun dolar ke dalam baris subjek emel dan hantar tunai kepada rakan. Bijak!
Kami sangat menyukainya hingga kami mahu mencipta sesuatu dengan mereka yang rasa seperti Snapchat-y. Jadi kami bina satu prototaip Snaptunai dan berkongsi dengan pasukan di Square. Kami bernasib baik, mereka juga teruja sama seperti kami dan mahu membinanya bersama.
Produk yang anda lihat hari ini adalah pantas, menyeronokkan, dan sangat mudah. Setelah anda memasukkan kad debit anda, ia akan disimpan dengan selamat oleh Square, yang akan terus memproses bayaran anda dan menghantar tunai terus ke akaun bank rakan anda. Hanya leretkan ke dalam sembang, taipkan tanda dolar, jumlah (contoh $11.25), dan tekan butang hijau.
Kami bertekad untuk membuat pembayaran lebih cepat dan lebih menyeronokkan, tetapi kami juga tahu bahawa keselamatan sangat penting ketika anda berurusan dengan wang. Square mempunyai banyak pengalaman di dalam perkara ini dan pasukan kami telah bekerja keras untuk menjadikan Snaptunai satu pengalaman yang hebat untuk semua orang. Buat masa sekarang, Snaptunai boleh digunakan untuk Snapchatter di Amerika Syarikat yang mempunyai kad debit dan adalah berusia 18 tahun ke atas.
Kami harap anda seronok menggunakan Snaptunai seperti kami juga.
Selamat Snapcash-ing!
Back To News