Introducing the new Snapchat

Today we’re announcing a new and improved Snapchat - organized around your relationships and personalized just for you! Until now, social media has always mixed photos and videos from your friends with content from publishers and creators.
Hari ini kami mengumumkan Snapchat yang baharu dan yang telah dipertingkatkan - disusun sekitar perhubungan anda dan diperibadikan hanya untuk anda!
Sehingga kini, media sosial telah mencampurkan foto dan video daripada rakan-rakan anda dengan kandungan daripada penerbit dan pencipta. Walaupun garis antara pembuat kandungan profesional dan rakan anda yang kabur merupakan percubaan Internet yang menarik, ia juga menghasilkan beberapa kesan sampingan yang pelik (seperti berita palsu) dan membuat kami berasa seperti kita harus membuat persembahan untuk rakan-rakan kita daripada hanya mengeskpresikan diri kita sendiri.
Snapchat yang baharu memisahkan sosial daripada media. Ini bermakna bahwa Sembang dan Cerita daripada rakan-rakan anda ada di sebelah kiri Snapchat, dan Cerita daripada penerbit, pencipta, dan komuniti ada di sebelah kanan.
Kami juga telah mencipta sesuatu yang baharu untuk membuat Snapchat berasa lebih peribadi: halaman Rakan yang dinamik. Halaman Rakan yang baharu di sebelah kiri kamera memaparkan rakan anda berdasarkan cara anda berkomunikasi dengan mereka.
Anda boleh memikirkannya sebagai algoritma Rakan Baik yang lebih canggih yang membuat ia lebih mudah untuk mencari rakan yang anda ingin bercakap bersama, bila anda mahu bercakap dengannya. Kami semua telah melalui pengalaman yang mengecewakan menatal tanpa penghujungnya melalui Sembang kita untuk mencari orang yang sesuai - kini Rakan anda akan disenaraikan mengikut susunan yang anda mahu untuk bercakap dengan mereka. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk halaman Rakan belajar cara terbaik untuk memaparkan Rakan anda, tetapi hasilnya adalah berbaloi!
Halaman Discover yang baharu di sebelah kanan kamera merangkumi Cerita daripada penerbit, pencipta, dan komuniti. Langganan anda secara langsung di bahagian atas, diikuti dengan Cerita lain yang anda mungkin berminat untuk menonton. Dari masa ke masa, Discover akan menjadi unik untuk anda. Walaupun Cerita di Discover diperibadikan secara algoritma, kurator kami menyemak dan menyetujui semua yang dipromosikan di halaman tersebut. Kami percaya bahawa keseimbangan tinjauan manusia dan pemperibadian mesin memberikan pengalaman kandungan terbaik di telefon bimbit.
Dan, seperti biasa, Snapchat terbuka ke Kamera, menjadikannya cara terpantas untuk berkongsi sesuatu detik-detik dengan rakan.
Memisahkan sosial dari media telah membolehkan kami membina cara terbaik untuk berkomunikasi dengan rakan dan cara terbaik untuk menonton kandungan yang hebat - sambil menangani banyak masalah yang melanda Internet hari ini.
Kami harap anda menikmati perubahan ini seperti yang kami juga - ini adalah Snapchat barhau!
{color:#de350b}Bergembira Snapping!{color}
Back To News