The Liquid Self

Social media doesn’t need to be what it has come to be. Social media is young, growth comes with pains, and we should keep questioning assumptions and push this new media to new limits.
Media sosial tidak perlu menjadi seperti apa yang sedang berlaku kini. Media sosial masih muda, pertumbuhan datang beriring dengan keperitan, dan kita harus terus mempersoalkan anggapan-anggapan dan mendorong media baharu ini ke had yang baharu. Pos pertama saya di blog Snapchat, dengan tepat, mempersoalkan kekekalan kandungan media sosial. Kandungan yang kekal hanya sejenis pilihan, satu pilihan dengan implikasi yang luas, dan ia tidak diperlukan. Di sini, saya ingin mempertimbangkan salah satu akibat utama kekekalan: profil media sosial.
Profil media sosial yang tidak asing lagi adalah koleksi maklumat tentang diri anda dan/atau dicipta oleh anda, biasanya dengan orang lain yang berhubungan dengan anda. Profil menstruktur identiti dengan cara yang lebih kurang mengekang: dasar nama sebenar, senarai maklumat tentang plihan kita, sejarah terperinci dan aktiviti semasa semuanya mengandungi satu set kotak yang berstruktur tinggi untuk menyelitkan diri kita ke dalamnya. Dan lagi pula, apabila sejarah kita yang telah didokumentasikan bertambah banyak, profil juga akan membesar secara literal dan bertambah berat pada minda dan tingkah laku kita.
Profil media sosial cuba untuk meyakinkan kita bahawa kehidupan, dengan semua aliran sementaranya, sepatutnya menjadi stimulasinya juga; aliran sementara pengalaman kehidupan yang dialami harus dipecahkan kepada koleksi objek yang berpisah, diskrit, untuk dimasukkan ke dalam bekas-bekas profil. Logik profil tersebut adalah bahawa kehidupan harus dirakam, disimpan, dan diletakkan di belakang kaca. Ia meminta kita menjadi pengumpul kehidupan kita, untuk mencipta satu muzium diri kita. Detik-detik akan dipotong, dimasukkan ke dalam grid, dikuantifikasi, dan diberi pangkat. Sosial media yang kekal adalah berdasarkan profil sedemikian, setiap satu daripadanya lebih kurang mempunyai kekangan dan berserupa grid. Memikirkan semula kekekalan bermaksud memikirkan semula profil media sosial yang seperti ini, dan ini memperkenalkan kemungkinan sebuah profil yang tidak merupakan koleksi yang disimpan di belakang kaca tetapi sesuatu yang lebih hidup, cecair, dan selalu berubah.
***
Merakam identiti ke dalam kategori di media sosial tidak semuanya buruk dan tujuan saya di sini bukan untuk berhujah bahawa mereka sepatutnya hilang, tetapi untuk bertanya jika ia boleh difikirkan semula, dijadikan hanya satu pilihan dan mungkin bukan sesuatu yang telah ditentukan secara lalai? Bolehkah media sosial dicipta untuk tidak memerlukan kita memasukkan diri kita ke dalam bekas-bekas identiti yang sebanyak mungkin memandangkan manusia dan identiti itu sendiri pada dasarnya seperti cecair dan sentiasa berubah?
Untuk mengetahuinya, mari kita berfikir sejenak tentang budaya biasa dan jelas moden yang terdapat dalam cerita kanak-kanak, buku bantuan diri, dan nasihat harian yang meminta kita untuk bersikap jujur dengan diri kita sendiri. Kita harus menemui dan kekal setia pada versi kita yang sebenar dan autentik. Ia boleh selalunya menjadi nasihat yang baik, tetapi jika anda berasa ngeri apabila membaca perkataan "autentik" seperti yang saya rasa semasa manaipkannya, maka anda sudah tahu bahawa nasihat itu hanya memberi sedikit ruang untuk apa-apa sahaja selain daripada diri anda, tanpa mengira masa dan tempat, dan dengan demikian berisiko untuk tidak menggalakkan perubahan. Terdapat sebuah pemikiran yang lain, yang memahami bahawa identiti itu tidak pernah padat dan sentiasa berubah. Berbanding dengan keperibadian yang tunggal dan tidak berubah, kami mungkin akan mempertimbangkan satu "keperibadian yang boleh bertukar", yang lebih bersifat kata kerja daripada kata nama.
Ini adalah abstrak, saya tahu, dan kami tidak akan menyelesaikan perbahasan falsafah ini di blog, tetapi Internet telah memainkan peranan yang Menarik dalam ketegangan antara konsistensi identiti dan perubahan. Kisah itu sudah biasa sekarang: Web tiba penuh dengan kemungkinan untuk memikir kembali siapa diri kita dengan melangkaui lokasi geografi, kemampuan fizikal seperti bangsa, jantina, umur, bahkan spesies [walaupun, perpisahan ini selalunya hanyalah satu khayalan sahaja]. Karton The New Yorker terkenal dengan gurauannya, "Di Internet, tiada sesiapa yang tahu bahawa anda ialah seekor anjing". Walau bagaimanapun, cerita seterusnya, Web telah menjadi arus perdana dan komersial. Ia menjadi normal dan di suatu tempat di sepanjang jalan, ketanpanamaan spontan telah digantikan dengan identiti yang konsisten. Sekarang, setelah semua orang sudah tahu bahawa anda ialah seekor anjing, ia susah untuk tidak menjadi demikian.
Kini media sosial memberi penekanan yang tinggi ke atas identiti kita, selalu merakam, sentiasa mengumpul, menyimpan, dan diberi balik kepada kita dalam profil diri kita yang sentiasa tersedia. Ya, Identiti boleh menjadi sumber kepentingan, makna , sejarah, dan keseronokkan, tetapi, hari ini, identiti dengan pantas berimbun, secara eksponensial meningkatkan hubungan kita dengan diri kita sendiri. Foto profil, latar belakang, apa yang anda suka, apa yang anda lakukan, siapa rakan anda menyebabkan pengawasan diri yang tidak pernah berakhir dan sentiasa berkembang yang dipasangkan dengan dosis yang sihat untuk ditonton oleh orang lain juga. Apa yang boleh menjadi "ekspresi diri" dalam satu nafas boleh menjadi "kepolisian diri" pada nafas yang lain apabila siapa diri anda (dan dengan demikian yang bukan diri anda) makin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Ekspresi diri, apabila digabungkan ke dalam kotak kategori tetap (digital atau sebaliknya), mempunyai bahaya menjadi semakin mengekang dan menyekat diri. Memandangkan tekanan untuk menjadi "nyata", autentik, dan "benar pada diri sendiri" seperti yang disebutkan di atas, bukti besar diri seseorang ini dapat menjadi pembatasan dan menghambat perubahan identiti. Kebimbangan saya di sini adalah media sosial yang dominan pada hari ini terlalu sering berdasarkan pada idea (dan ideal) untuk mempunyai satu pendirian yang benar, tidak berubah, dan stabil, dan maka demikian gagal untuk menampung sifat suka bermain dan semakan. Ini telah dibina berdasarkan logik kotak dan kategori yang sangat terstruktur, kebanyakan dengan pengukur yang secara numerik memberi pangkat pada setiap aspek kandungan kita, dan mesin penangkap data dengan corak grid ini tidak dapat menampung realiti bahawa manusia seperti cecair, berubah, dan berterabur dengan cara yang tragis dan indah.
***
Walaupun media sosial masih dalam masa remaja, media sosial belum dapat menggabungkan keremajaannya dengan selesa. Dengan itu saya tidak bermaksud golongan muda secara khusus, melainkan jenis perubahan dan pertumbuhan yang sihat tanpa mengira usia. Kelalaian yang memerlukan pengguna media sosial untuk merakam dan menampilkan diri secara kekal merosakkan kepentingan bermain identiti yang tidak ternilai. Dengan kata lain: kebanyakan kita menginginkan media sosial yang tidak seperti pusat membeli-belah dan lebih seperti taman. Menjadi kurang standard, dikekang, dan dikawal, ya, taman ini adalah tempat di mana anda mungkin melakukan sesuatu yang sedikit bodoh. Kecederaan akan berlaku. Tetapi kesilapan tidak harus dielakkan sepenuhnya, i adalah apa yang mendominasi, permintaan media sosial kekal, yang mengakibatkan kegelisahan berterusan tentang apa yang disiarkan. Pembetulan yang sihat terhadap media sosial yang ada adalah dengan mewujudkan platform yang memberi lebih banyak ruang untuk berkelakuan tanpa tingkah laku itu selalu menentukan siapa dan apa yang boleh dilakukan. Idea ruang yang tidak dikawal untuk ekspresi boleh menakutkan, tetapi kekurangan ruang sedemikian lebih membimbangkan. *
Sejauh ini, media sosial yang dominan telah mengambil sikap, yang radikal pada pendapat saya, untuk versi identiti yang sangat dikategorikan dan ada di mana-mana, yang menjadikan ideal identiti yang unik dan stabil yang akan terus kita hadapi. Ini adalah falsafah yang tidak menangkap kekacauan dan kelancaran sebenar diri, gagal merayakan pertumbuhan, dan sangat buruk bagi mereka yang paling terdedah dari segi sosial. Saya tertanya-tanya bagaimana kita dapat membina media sosial yang tidak selalu mengeratkan hubungan kita dengan diri kita sendiri melalui kotak pengenalan. Saya rasa media sosial sementara akan menyediakan cara-cara baharu untuk memahami profil medial media, yang tidak terdiri daripada kehidupan yang dipecahkan kepada potongan yang telah dibekukan dan yang boleh dikuantifikasikan, sebaliknya suatu yang lebih merupakan cecair, berubah, dan hidup.
* Catatan: Idea bahawa seseorang harus mempunyai identiti tunggal, stabil, benar atau sahih paling sukar bagi mereka yang lebih terdedah dari segi sosial. Mempunyai hanya satu, identiti yang tidak berubah mungkin tidak begitu bermasalah jika siapa diri anda tidak sering mengalami stigma dan hukuman. Namun, perlu adanya pengakuan yang jauh lebih banyak bahawa orang ramai dengan wajarnya menikmati dan memerlukan beberapa almari sosial di mana identiti boleh dimainkan dan tidak dipamerkan kerana potensi kesannya adalah lebih besar. Bangsa, kelas, seks, seksualiti, kemampuan, usia, dan semua persimpangan kuasa dan kerentanan lain perlu menjadi sebahagian daripada perbincangan mengenai bagaimana media sosial dibina, diguna, dan ditingkatkan.
Back To News