Renowned Artist Mark Bradford Teams with Snap for Voter Registration

Today marks National Voter Registration Day -- a massive nationwide and nonpartisan effort to register voters well in advance of Election Day this November. At Snap, we’ve always believed that one of the most powerful forms of self-expression is exercising the right to vote and participating in our democracy. We’re proud to partner with renowned artist Mark Bradford on a new augmented reality Lens to encourage our community to register to vote.
Hari ini menandakan Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan -- usaha besar-besaran di seluruh negara dan bukan parti untuk mendaftarkan pengundi sebelum Hari Pilihan Raya pada November ini. Di Snap, kami selalu mempercayai bahawa salah satu daripada bentuk ekspresi diri yang paling kuat adalah dengan menggunakan hak mengundi dan mengambil bahagian dalam demokrasi kita.
Setiap hari di aplikasai kami, kami melihat Generasi Snapchat menunjukkan semangat, kreativiti, dan inovasi yang luar biasa yang membantu dunia ini menjadi sebuah tempat yang lebih baik. Kami ingin melakukan segala yang kami mampu untuk membuangkan halangan yang telah lama dalam sejarah menghalang pengundi muda daripada hadir untuk mengundi, dan memberi kuasa kepada generasi akan datang untuk bersuara dan memastikan suara mereka didengar.
Itulah sebabnya pada awal bulan ini, kami telah melancarkan peralatan mudah alih baharu yang akan membantu pengundi muda dan pengundi pertama kali mendaftar untuk mengundi terus di aplikasi kami, mempelajari tentang pilihan undi mereka dan isu-isu serta calon dalam pengundian mereka, dan merancang untuk mengundi. Melalui semua peralatan ini, Snapchat menumpu perhatian untuk memperkasa pengguna untuk melakukan penjangkauan 1:1 dengan rakan-rakan mereka yang mungkin dilakukan secara tradisional di kampus kolej, membuat panggilan ataupun dengan mengetuk pintu.
Hari ini kami bangga untuk bekerjasama dengan artis terkenal Mark Bradford dalam satu Lensa realiti tambahan baharu untuk menggalakkan komuniti kami mendaftar untuk mengundi. Kami telah sampai kepada lebih ramai yang berumur 13-24 tahun di Amerika Syarikat berbanding dengan gabungan daripada Facebook, Instagram dan Messenger -- dan sebahagian besar daripadanya cukup usia untuk mengundi. Sebenarnya, daripada 100 juta Snapchatter di Amerika Syarikat, 80% adalah 18+.
Lensa baharu ini menerapkan gaya lukisan abstrak khas artis tersebut kepada topeng muka yang dihiasi dengan perkataan "Undi", dan menampilkan butang yang membawa Snapchatter terus ke peralatan pendaftaran pengundi kami. Matlamat untuk menukar idea kepada aksi melalui lukisan abstrak ini, yang diamalkan oleh Bradford bergabung dengan elemen penglibatan sosial, telah menjadi satu fokus yang konsisten kepada artis tersebut sejak awal 2000-an. Sepanjang kerjaya beliau, usaha Bradford telah meningkatkan tema sosial kritikal, termasuk keadilan dan persamaan kaum, hak wanita dan keganasan polis -- dan kami amat berbesar hati bahawa beliau sedang membawa bakatnya ke Snapchat.
Komuniti kami telah menunjukkan semangat yang tinggi kepada peralatan pendaftaran pengundian baharu kami -- setakat hari Isnin, Snapchat telah membantu lebih daripada 750,000 mendaftar untuk mengundi melalui aplikasi ini pada 2020.
Snap mempunyai rekod yang kuat dalam pendaftaran pengundi -- pada pertengahan 2018, syarikat ini telah membantu lebih daripada 400,000 Snapchatter mendaftar untuk mengundi dan 57% daripada mereka telah betul-betul mengundi. Untuk membantu mereka menghabiskan proses ini, Snapchat akan mengingatkan pengguna yang telah mendaftar tentang tarikh akhir utama untuk mengundi di negeri mereka; mesej yang mengingatkan pengguna untuk merancang pengundian; satu senarai semak pengundi yang tersedia di profil pengguna mereka, dan sumber dari rakan kongsi sivik dalam Garis Panduan Pengundi mereka.
Back To News