New Snap Originals and Video Advertising Products Announced

Today, Snap announced new and returning docuseries Snap Originals debuting later this year and in 2021! These new and returning docuseries feature even more young, passionate and inspired creators, and speak to the issues most important to the Snapchat Generation. 
Hari ini, Snap mengumumkan dokumentari bersiri baharu dan berkembali Snap Asli yang akan muncul buat pertama kalinya pada akhir tahun ini dan pada 2021!
Daripada mengambil tindakan terhadap ketidakadilan sosial dan perkauman, sehingga ke pilihan raya presiden yang akan datang, dan merenungkan perjalanan peribadi dan profesional seseorang, dokumentari bersiri baharu dan berkembali ini menampilkan pencipta yang lagi muda, bersemangat dan berinspirasi, dan memebincangkan isu-isu yang paling penting kepada Generasi Snapchat.
Rancangan baharu kami adalah cermin kepada pemahaman kami terhadap komuniti kami - daripada isu yang mereka ambil berat sehingga ke bakat yang mereka sukai. Kami komited untuk memastikan bahawa rancangan kami mencerminkan suara dan semangat komuniti kami yang pelbagai, beserta dengan nilai-nilai Snap. Kami percaya dalam menyampaikan rancangan yang bukan sahaja bermaklumat tetapi juga menghiburkan.
Dan Snap Asli terus kekal sebagai satu hit yang besar - setakat tahun ini, Snap Asli telah mencapai lebih daripada 75% populasi Gen Z Amerika Syarikat. *
Bagi pemasar yang ingin menyampai kepada Generasi Snapchat dalam kandungan baharu yang menarik ini, kami sedang melancarkan tawaran ‘Komersial Pertama’ kami kepada semua pengiklan di Amerika Syarikat pada bulan ini. Ini akan menyampaikan Komersial enam saat pertama yang tidak boleh dilangkau oleh Snapchatter dalam kandungan yang dipilih oleh kami pada hari tersebut.
Maklumat lebih lanjut di bawah tentang rancangan yang sedang menuju ke arah anda dan telah kini tersedia - hanya di Snapchat!
Snap Eksflusif Baharu Termasuk:
Dokumentari Bersiri
  • Honestly Loren - (ITV America’s Sirens Media) - Salah satu bintang media sosial yang paling popular sejak usia tiga belas tahun, Loren Gray kini mempersoalkan semuanya - dari segi percintaan, persahabatan, sehingga ke kerjaya - dengan cara yang paling jujur dan menghiburkan untuk mencari makna kebahagiaan kepada dirinya.
  • Swae Meets World - (Big Fish Entertainment) - Di pusat muzik dan fesyen, Swae Lee memulakan perjalanan tanpa rasa takutnya melalui kemenangan dan tragedi ketika dia bersedia untuk melancarkan album solo pertamanya dan merangkul detik-detik yang paling penting dalam kerjayanya.
  • Life’s a Tripp - (Trooper Entertainment) - Setelah menyerahkan undi pertamanya dalam pilihan raya paling penting pada masa ini, Trippie Redd sedang berada dalam satu perjalanan untuk mengalami sendiri masalah-masalah utama yang sedang mencengkam negara kita pada hari ini, dari padapenagihan dadah sehingga ke reformasi polis, dengan bantuan rakan-rakan selebriti yang mempunyai kepentingan peribadi seperti kita semua.
Tanpa skrip
  • The Solution Committee - (Westbrook Media) - Jaden Smith meminta pertolongan aktivis muda dan rakan selebriti untuk meneroka dan memahami apa yang boleh kita lakukan untuk mencipta perubahan tentang isu keadilan perkauman dan sosial yang paling penting pada masa kita. Tema akan terdiri daripada reformasi keadilan jenayah polis, sehingga ke akses mengundi, keadilan jantina, perumahan, keadilan ekonomi, perubahan iklim dan reformasi pendidikan.
  • Good Luck Voter! - (Snap Inc.) - Siri mini pendidikan mengundi tiga bahagian yang dihoskan oleh beberapa Bintang dan bakat Snap kegemaran anda termasuk Loren Gray, Ross Smith, Erin Lim, Kimberly Jones, MK Asante dan ramai lagi. Setiap episod akan menampilkan klip, meme dan rujukan budaya pop saling pintas dengan maklumat tentang cara mendaftar untuk mengundi, dan bagaimana memastikan bahawa suara anda dan rakan anda akan didengari dalam dan pada peringkat nasional pada hari pilihan raya. Ditulis oleh Peter Hamby dari "Good Luck America" Snapchat.
Selain itu, kami telah memperbaharui dua daripada Snap Asli popular kami! "While Black with MK Asante" oleh Main Event Media, sebuah syarikat Amerika All3Media, dan MK Asante Productions akan kembali untuk musim kedua sebagai hos MK Asante, penulis, pembuat filem dan pendidik terus meneroka erti sebagai seorang pemuda berkulit Hitam di Amerika dengan membincangkan isu sosial perkauman melalui perbualan yang teramat jujur. Complex kembali untuk menghasilkan ansuran ketiga francais dokumentari Snap "Vs The World" yang melihat kepada perjalanan quarterback Colin Kaepernick yang hebat.
Kami tidak sabar untuk anda menontonnya!
Data dalaman Snap Inc. July 2020. Gen Z ditakrifkan sebagai pengguna berumur 13-24 tahun. Angka Banci AS digunakan untuk populasi Gen Z AS.
Back To News