Semasa kami mula-mula membina Snapchat, kami lebih fokus ke atas membangunkan cara berkomunikasi dengan gambar yang unik, pantas dan seronok. Banyak yang kami pelajari masa itu. Salah satu cara kami belajar adalah melalui kesilapan, menerimanya, dan memperbetulkannya.
Apabila kami fokus kepada pembinaan, terdapat perkara yang tidak mendapat perhatian seperti yang sepatutnya. Salah satu daripadanya adalah menjadi lebih tepat dengan bagaimana kami bekomunikasi dengan komuniti Snapchat. Pagi ini kami telah menandatangani satu dekri persetujuan dengan FTC yang menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut. Walaupun sebelum dekri persetujuan hari ini diumumkan, kami telah sejak setahun yang lepas menyelesaikan kebanyakkan daripada kebimbangan yang ada dengan memperbaiki dasar privasi, deskripsi aplikasi, dan notifikasi tepat pada waktunya dalam aplikasi. Dan kami terus melabur dengan banyak dalam keselamatan dan tindakan balas untuk mencegah penyalahgunaan.
Kami berdedikasi dalam mempromosikan privasi pengguna dan memberi Snapchatters kawalan ke atas bagaimana dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Itu adalah sesuatu yang sememangnya kami pandang dengan serius, dan akan sentiasa beranggapan begitu.