Putting the Chat into Snapchat

Until today, we felt that Snapchat was missing an important part of conversation: presence. There’s nothing like knowing you have the full attention of your friend while you’re chatting. We could not be more thrilled to announce Chat.
Membina Snapchat telah mengajar kami banyak tentang apa yang menjadikan suatu perbualan itu luar biasa. Semasa kami mula-mula berusaha dalam sebuah aplikasi untuk berkongsi gambar yang menghilang, kami langsung tidak tahu betapa banyak yang akan kami belajar. Rakan sekelas kami dengat cepat menunjukkan kepada kami bahawa anda sentiasa boleh mangambil syot layar. Itu membawa kami ke konsep memadam secara lalai - anda simpan apa yang anda mahu, dan kami akan memadamkan yang lain!
Kami juga belajar bahawa perbualan berasa lebih baik jika ia disertai dengan visual. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk memastikan bahawa setiap kali anda melancarkan Snapchat kami akan terus membawa anda ke kamera. Ia adalah cara terpantas untuk merakam dan berkongsi satu momen di telefon pintar anda.
Dengan kemas kini produk terakhir, kami menghargai sifat sebenar bercerita - setiap Cerita mempunyai susunan kronologi - permulaan, pertengahan dan penghujung. Kami membina Cerita untuk membantu Snapchatter mencipta naratif dan berkongsinya dengan semua rakan mereka dengan hanya satu ketikan.
Tetapi sehingga hari ini, kami merasa bahawa Snapchat kekurangan satu bahagian yang penting dalam perbualan: kehadiran. Tiada yang lebih baik daripada mengetahui bahawa anda mempunyai perhatian penuh rakan anda semasa anda bersembang dengan mereka.
Kami berasa sangat teruja untuk mengumumkan Sembang.
Leret ke kanan pada nama rakan anda di peti masuk Snapchat anda untuk mula bersembang. Apabila anda meninggalkan skrin sembang, mesej yang telah dilihat oleh anda berdua akan dipadamkan - tetapi anda berdua masih boleh mengetik atau mengambil syot layar untuk menyimpan apa-apa sahaja yang anda ingin simpan (alamat, senarai perkara yang hendak dilakukan, dan sebagainya)!
Kami akan memberitahu anda apabila seseorang rakan Berada di Sembang anda supaya anda berdua boleh memberi perhatian penuh kepada satu sama lain. Dan jika anda berdua Berada di sini, hanya tekan dan tahan untuk berkongsi video secara langsung - dan Sembang secara bersemuka!
Back To News