Recent Additions to Team Snapchat

Snapchatters are sharing over 200 million snaps every day. And thanks to our incredible and hardworking team, we’ve been able to support the growth of Snapchat with minimal overhead. But in order to continue scaling while developing the Snapchat experience, we needed to build a bigger engineering team and figure out how to pay our server bills.
Semasa kami melancarkan Snapchat pada bulan September 2011, kami akhirnya sudah bersedia untuk berkongsi sesuatu yang kami sayangi dengan seluruh dunia. Kami telah mencipta satu cara baharu untuk berkomunikasi dengan rakan kami - ia merasa lebih peribadi, dan lebih menyeronokkan. Kami berharap bahawa seluruh dunia akan menyukainya juga.
Respons yang kami terima benar-benar menakjubkan. Tidak sampai tempoh dua tahun, Snapchatter berkongsi lebih 200 juta snap setiap hari. Terima kasih kepada pasukan kami yang luar biasa dan bekerja keras, kami dapat menyokong pertumbuhan Snapchat dengan jumlah pekerja yang minima.
Walaubagaimanapun, untuk terus meningkatkan skala ketika membangunkan pengalaman Snapchat, kami perlu membina pasukan kejuruteraan yang lebih besar dan mengetahui bagaimana hendak membayar bil pelayan kami.
Kami sangat beruntung kerana dapat menyambut IVP ke pasukan Snapchat sebagai ketua pelabur di dalam pembiayaan Siri B baru-baru ini. General Catalyst, Benchmark Capital, Lightspeed Venture Partners, dan SV Angel juga turut serta. Kami berterima kasih ke atas kepercayaan mereka kepada komuniti Snapchat dan kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil terus berkembang.
Kami juga telah memasukkan Michael Lynton sebagai ahli lembaga pengarah bebas. Michael ialah seorang eksekutif yang sangat berbakat dan kreatif yang mempercayai Snapchat sebelum ia menjadi popular. Beliau adalah satu teladan yang luar biasa dan kami bersyukur atas masa dan tenaganya.
Dipendekkan cerita - kami komited untuk membangunkan satu syarikat yang besar dengan produk yang inovatif dan menyeronokkan. Dan kami tidak boleh melakukannya tanpa anda. Oleh itu, terima kasih atas sokongan dan semangat anda untuk Snapchat. Ia sangat bermakna kepada kami.
Terdapat beberapa kejutan yang sangat menarik tidak lama lagi…
Back To News