Introducing Snap Camera

Today we are excited to introduce Snap Camera: a free application designed for desktop that invites anyone to experience the fun of Lenses while using their computer.
Hari ini kami teruja untuk memperkenalkan "Snap Camera": satu aplikasi percuma direka bentuk untuk desktop yang mengundang sesiapa sahaja untuk mengalami keseronokan Lenses semasa menggunakan komputer mereka.
Dengan "Snap Camera" untuk desktop, pilih daripada ribuan Lenses, termasuklah yang klasik dicipta oleh Snapchat dan juga rekaan-rekaan baharu yang dicipta setiap hari oleh komuniti Pencipta Lenses melalui Lens Studio. Ini bermaksud lebih banyak penstriman dan perkongsian dengan Lenses - sekarang di lebih banyak alat peranti!
Untuk bermula, muat turun aplikasi Snap Camera di peranti desktop anda. Snap Camera menyelaras dengan kamera yang disambungkan ke komputer anda dan berfungsi dengan beberapa platform dan aplikasi perkongsian video kegemaran anda. "Snap Camera" menyelaras dengan kamera yang disambungkan ke komputer anda dan berfungsi dengan beberapa platform dan aplikasi perkongsian video kegemaran anda. Ini bermakna memakai Lenses semasa merakam video Youtube anda yang seterusnya, atau semasa penstriman dengan aplikasi seperti Skype, Google Hangouts dan OBS. Kami juga membangunkan integrasi Snap Camera khusus hanya untuk streaming di Twitch.
Selamat Ber-Snap!
Back To News