Snap Inc.

Today we are changing the name of our company to Snap Inc.
Hari ini kami menukar nama syarikat kami kepada Snap Inc.
Sudah lima tahun sejak Bobby dan saya mula mengusahakan Picaboo, aplikasi kecil yang menjadi Snapchat - dan kami sangat beruntung dapat membina satu pasukan luar biasa yang terus berkembang di Snapchat dan membuat produk seperti Cerita, Memori, Lenses, dan banyak lagi!
Ketika kami baru bermula, ia masuk akal untuk menamakan syarikat kami Snapchat Inc., kerana Snapchat adalah satu-satunya produk kami! Memandangkan sekarang kami sedang membangunkan produk lain, seperti Spectacles, kami memerlukan nama yang melampaui hanya satu produk - tetapi tidak kehilangan keakraban dan keseronokan pasukan dan jenama kami.
Kami memutuskan untuk membuang perkataaan "Sembang" dan hanya menggunakan Snap Inc!
Menukar nama kami juga mempunyai faedah lain: apabila anda mencari produk kami, lebih mudah untuk mencari maklumat produk yang relevan daripada maklumat syarikat atau analisis kewangan yang membosankan. Anda boleh mencari Snapchat atau Spectacles untuk bahan-bahan yang menyeronokan dan membiarkan Snap Inc. untuk mereka di Wall Street :)
Kami berharap perubahan ini dapat meningkatkan pengalaman anda dengan Snapchat dan Spectacles, dan mewujudkan struktur yang membolehkan kami terus membuat produk baharu yang hebat untuk anda dan rakan-rakan anda!
Back To News