Snapchat for Android

Snapchat is now available in the Google Play store for all Android devices running v2.2 or higher.
Snapchat kini tersedia di Stor Google Play untuk semua peranti Android yang berjalan pada v2.2 atau ke atas.
Ini bukan hanya satu salinan aplikasi iPhone kami. Kami ingin mencipta satu aplikasi Android yang sebenarnya, dan telah meluangkan banyak masa untuk memastikan ia sesuai. Dengan semua peranti yang berbeza, masing-masing dengan perkakasan kameranya yang berlainan, ia sukar untuk membangunkan satu aplikasi yang berfungsi dengan baik untuk setiap pengguna. Kami mula membina semula lapisan kamera dari permulaan di OpenGL untuk memastikan bahawa setiap orang dapat mempengalami pratonton kamera skrin penuh, walaupun ia pada asalnya tidak disokong pada peranti tersebut. Kemudian, kami membangunkan satu cara baharu yang amat pantas untuk menghantar imej dan memuatkannya dalam suapan, dan menggabungkannya dengan antara muka khusus yang lancar. Kami sangat teruja untuk membawakan anda satu aplikasi Android kelas pertama.
Terima kasih yang besar kepada semua peminat kami atas sokongan anda - kami tahu bahawa ia tidak seronok untuk menunggu - dan kami sangat menghargai semua e-mel, tweet, dan mesej facebook anda yang menjadi galakan. Anda semua menjadikan usaha sehingga lewat malam itu sangat berbaloi.
Jika anda ternampak pepijat, sila beritahu kami! Kami hanya dapat menguji pada 250 peranti - dan itu hanya satu pecahan kecil di dunia Android.
Tambahan kepada pengguna iPhone… bersedialah untuk pelepasan Snapchat yang paling luar biasa sekali - akan datang tidak lama lagi:)
Back To News