Snapchat Turns 1 Today

As you know, it takes a village to raise a child (or one really good nanny). In our case, it took a village. We’re humbled and flattered by all the love and support we’ve received from the Snapchat community.
Seperti yang anda ketahui, ia memerlukan satu kampung untuk membesarkan seorang anak (atau seorang pengasuh yang sangat berkebolehan). Dalam kes kami, ia telah memerlukan satu kampung. Kami berasa rendah hati dan berbesar hati dengan semua kasih sayang dan sokongan yang kami terima daripada komuniti Snapchat.
Kami sedar bahawa ia adalah agak klise, tetapi ini masa yang sesuai untuk berkongsi tiga idea yang amat penting kepada kami. Idea-idea ini akan mendorong keputusan kami apabila kami membangunkann Snapchat pada tahun yang berikutnya.
Kami percaya dalam perkongsian detik-detik autentik bersama rakan-rakan. Ia bukan semua hanya tentang percutian mewah, makan malam sushi, atau matahari terbenam yang indah. Kadang-kadang ia merupakan kata-kata gurau peribadi, wajah konyol, ataupun ucapan daripada ikan peliharaan.
Perkongsian detik-detik tersebut haruslah menyeronokkan. Komunikasi adalah lebih menghiburkan apabila ia bersama dengan orang yang paling memahami kita. Dan kita tahu bahawa tiada sesiapa yang lebih pandai menghiburkan hati kita daripada rakan-rakan kita.
Adanya nilai dalam detik-detik yang singkat itu. Perbualan yang bagus adalah amat ajaib. Itu adalah kerana ia dikongsi, dinikmati, tetapi tidak disimpan.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua.
Back To News