How Snaps Are Stored And Deleted

There’s been some speculation lately about how snaps are stored and when and how they are deleted. We’ve always tried to be upfront about how things work and we haven’t made any changes to our practices, so we thought it’d be cool to go over things in a bit more detail.
Terdapat beberapa spekulasi pada baru-baru ini tentang bagaimana snap disimpan dan pada bila dan bagaimana mereka dipadam. Kami selalu berusaha untuk menunjuk dengan jujur cara sesuatu berfungsi dan kami tidak membuat sebarang perubahan kepada amalan kami, oleh itu, kami merasa bahawa ia lebih baik untuk menjelaskan perkara ini lagi dengan lebih terperinci.
*Menyimpan Sna*ps
Apabila seseorang menghantar snap, ia dimuat naik ke pelayan kami, penerima akan dihantar pemberitahuan bahawa mereka mendapat satu snap baharu dan aplikasi Snapchat akan memuat turun satu salinan mesej tersebut. Gambar atau video dari mesej tersebut disimpan dalam folder sementara di memori peranti. Kadang-kadang ini terdapat dalam memori dalaman, RAM atau memori luaran seperti Kad SD — bergantung pada platform dan sama ada ia adalah video ataupun gambar.
Memadam Snap Daripada Pelayan Kami
Apabila snap telah dilihat dan pemasa habis, aplikasi memberitahu pelayan kami, yang seterusnya memberitahu pengirim bahawa snap tersebut telah dibuka. Setelah kami diberitahu bahawa snap telah dibuka oleh semua penerima, ia akan dipadam daripada pelayan kami. Sekiranya snap masih belum dibuka selepas 30 hari, ia juga akan dipadam daripada pelayan kami.
Memadam Snap Daripada Peranti Penerima
Setelah snap dibuka, salinan sementaranya juga akan dipadam daripada simpanan peranti. Kami cuba melakukan ini dengan segera, kadang-kadang ia mungkin memerlukan satu atau dua minit. Fail dipadam dengan mengirimkan arahan "padam" ke sistem fail telefon. Ini adalah cara biasa sesuatu dipadamkan di komputer dan telefon— kami tidak melakukan sebarang benda yang luar biasa (seperti "mengelap").
Butiran Tambahan
Sementara snap yang belum dibuka disimpan di peranti, tidak mustahil untuk memintas aplikasi Snapchat dan mengakses fail tersebut secara langsung. Ini bukan sesuatu yang kami sokong atau galakkan dan dalam kebanyakan kes, ia melibatkan pecah sekat atau "pengakaran" telefon dan membatalkan jaminannya. Sekiranya anda ingin cuba menyimpan snap, lebih mudah (dan lebih selamat) untuk hanya mengambil syot layar atau mengambil gambar dengan kamera yang lain.
Juga, jika anda pernah cuba memulihkan data yang hilang setelah memadam pemacu secara tidak sengaja atau mungkin menonton episod CSI, anda mungkin tahu bahawa dengan alat forensik yang sesuai, kadang-kadang adanya kemungkinan untuk memulihkan data yang telah dipadam. Oleh itu… ketahuilah anda… ingatlah perkara tersebut sebelum memasukkan sebarang rahsia negara dalam swafoto anda :)
Back To News