Story Playlist

Starting today for select Snapchatters in our Android community and rolling out soon across all Android and iOS, the Auto Advance feature will be removed to give you control of your Story viewing experience once again!
Semasa pertama kali kami membuat Maju Secara Automatik, kami ingin mempermudahkan anda dan rakan-rakan anda memainkan semua Cerita anda dalam kemas kini baru-baru ini secara berterusan.
Malangnya, perubahan ini menjadikan mustahil untuk memilih Cerita mana yang akan ditonton secara individu. Kadang-kadang kita hanya ingin melihat apa yang dilakukan oleh rakan karib atau keluarga kita - bukan melihat apa yang dilakukan oleh semua rakan-rakan kita - dan Maju Secara Automatik menghalang ini daripada berlaku.
Mulai hari ini untuk Snapchatters terpilih dalam komuniti Android kami dan akan dilancarkan tidak lama lagi di semua Android dan iOS, ciri Maju Secara Automatik akan dikeluarkan untuk memberi anda kawalan pengalaman menonton Cerita anda sekali lagi!
Ketik sahaja di Cerita untuk melihatnya. Kami tidak akan memajukan anda secara automatik ke Cerita seterusnya dalam kemas kini terbaharu.
Kami belum berputus asa sepenuhnya pada idea menjadikannya lebih mudah untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan - jadi kami mengambil apa yang kami pelajari daripada Maju Secara Automatik dan membina Senarai Cerita.
Senarai Cerita adalah cara mudah untuk memilih Cerita yang anda ingin tonton dan melihatnya dengan skrin penuh mengikut urutan yang anda pilih.
Ketik lakaran kecil Cerita di sebelah kiri nama rakan anda untuk menambahkan Cerita mereka ke senarai anda. Tekan butang main di bahagian bawah skrin untuk menonton!
Back To News