Who Can View My Snaps and Stories

Two questions we get a lot are “do you keep all of the Snaps?” and “do you look at them?” An earlier blog post detailed how Snaps are stored and when they are deleted, so now with the introduction of Stories, we’d like to share a bit about access.
Dua soalan yang banyak kami terima adalah "adakah anda menyimpan semua Snap?" dan "adakah anda melihatnya?" Pos blog sebelum ini memperincikan bagaimana Snap disimpan dan bila ia dipadamkan, kini dengan pengenalan Cerita, kami ingin berkongsi sedikit tentang akses.
Penyimpanan
Seperti yang dinyatakan di pos kami yang sebelumnya, Snap akan dipadam daripada pelayan kami setelah dibuka oleh penerima. Jadi apakah yang berlaku kepada mereka sebelum mereka dibuka? Kebanyakan daripada infrastruktur Snapchat dihos di perkhidmatan komputer awan Google, Enjin Aplikasi. Sebilangan besar daripada data kami, termasuk Snap yang tidak dibuka, disimpan di stor data Enjin Aplikasi sehingga mereka dipadam.
Mendapatkan Semula
Bolehkah Snapchat mendapatkan semula Snap yang tidak dibuka dari stor data? Ya—jika kami tidak boleh mendapatkan semula Snap dari stor data, kami tidak akan dapat menghantar mereka kepada penerima seperti yang dikehendaki oleh penghantar. Adakah kami mendapatkan semula Snap secara manual dan melihatnya dalam keadaan biasa? Tidak. Proses biasa penghantaran Snap kepada penerima adalah secara automatik.
Apakah jenis keadaan di mana kami mungkin akan mendapatkan semula Snap secara manual, dengan tanggapan bahawa ia masih belum dibuka? Sebagai contoh, ada kalanya kami, seperti penyedia perkhidmatan komunikasi elektronik yang lain, diizinkan dan kadang-kadang dipaksa oleh undang-undang untuk mengakses dan mendedahkan maklumat. Contohnya, jika kami menerima waran geledah daripada pihak penguatkuasa undang-undang untuk kandungan Snap dan Snap tersebut masih ada lagi di pelayan kami, satu undang-undang persekutuan yang dipanggil sebagai Akta Privasi Komunikasi Elektronik (ECPA) mewajibkan kami menunjukkan Snap tersebut kepada agensi penguatkuasa undang-undang yang memintainya. Untuk maklumat lanjut, lihat bahagian Dasar Privasi kami yang membincangkan situasi di mana kami mungkin akan mendedahkan maklumat.
Sejak bulan Mei 2013, kira-kira sedozen daripada waran geledah yang kami terima telah mengakibatkan kami menunjukkan Snap yang belum dibuka kepada penguatkuasa undang-undang. Itu adalah daripada 350 juta Snap yang dihantar setiap hari.
Permintaan penguatkuasa undang-undang kadang kala memerlukan kami menyimpan Snap untuk suatu tempoh, seperti apabila penguatkuasa undang-undang sedang menentukan samada hendak mengeluarkan waran geledah untuk Snap.
Pada masa ini, hanya dua orang sahaja di syarikat yang mempunyai akses kepada peralatan yang digunakan untuk mendapat balik Snap yang tidak dibuka secara manual, iaitu pengasas bersama dan CTO kami, Bobby (yang mengkodkannya), dan saya.
Okey, jadi bagaimana pula dengan Cerita?
Perbezaan ketara antara Cerita dan Snap adalah kecuali dipadamkan oleh pengguna, Cerita masih boleh diakses selama 24 jam dan ditonton beberapa kali. Berlainan dengan Snap yang belum dibuka, yang akan disimpan sehingga dilihat atau untuk 30 hari jika tidak dibuka, Snap yang ditambah kepada Cerita anda akan dipadam daripada pelayan kami selepas 24 jam. Cerita tertakluk kepada keperluan undang-undang yang sama untuk akses dan pendedahan seperti yang dinyatakan di atas untuk Snap.
Garis Panduan Komuniti
Terma Penggunaan dan Garis Panduan Komuniti kami memberitahu anda peraturan menggunakan Snapchat. Jika kami menerima laporan bahawa seseorang pengguna telah melanggar peraturan tersebut, kami mungkin akan menyemak Cerita yang telah dipos oleh mereka dan mengambil tindakan sewajarnya. Ini mungkin termasuk memadamkan sebuah Cerita, memberi amaran kepada sesebuah akaun, atau menamatkan sesebuah akaun.
Dasar Privasi kami mengandungi lebih banyak maklumat mengenai amalan kami. Kami berharap bahawa pos ini telah memberi anda satu gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana kami beroperasi. Kami sentiasa kagum dengan kreativiti dan semangat anda. Terima kasih kerana membina sebuah komuniti yang begitu hebat.
Back To News