23 Januari 2025
23 Januari 2025

Memperkenalkan Cara Baharu Mendapat Ganjaran dan Mencapai Kejayaan Untuk Pencipta dan Pembangun AR

Kami mahu menjadi platform paling mesra pembangun di dunia dan memperkasakan pembangun untuk melabur dalam pembinaan Lensa yang hebat

Di Snap, kami komited untuk membantu lebih 375,000 pencipta, pembangun dan pasukan AR kami dari hampir semua negara di seluruh dunia, daripada menyediakan peluang pengewangan hinggalah berinovasi dengan Spectacles dan teknologi terkini Snap. Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan Cabaran Tag, serta harga pendidikan dan diskaun Spectacles khas untuk pelajar bagi memudahkan akses pembangunan Lensa. 

Memperkenalkan Cabaran Tag 

Kami teruja untuk mengumumkan cara pemberian ganjaran yang baharu kepada pembangun Snap AR atas kreativiti mereka: Cabaran Tag. Kini, pembangun berpeluang memenangi hadiah wang tunai apabila menyerahkan Lensa menggunakan Cabaran Tag aktif, yang akan dinilai berdasarkan keaslian, kecemerlangan teknikal dan tema yang difokuskan. 

Begini caranya: Kami telah berpakat dengan platform pemasaran AR Lenslist supaya pembangun AR dari lebih 100 negara di seluruh dunia berpeluang mengambil bahagian – sama ada ini kali pertama mereka mengetahui tentang Snap AR atau sudah menjadi sebahagian daripada komuniti kami

Pembangun AR boleh mendaftar setiap cabaran, serta membangunkan Lens menggunakan alat pengarangan AR kami Lens Studio dan gunakan sahaja Cabaran Tag dalam proses penerbitan Lens untuk dipertimbangkan. Cabaran baharu akan diumumkan setiap bulan dengan peluang untuk memenangi sebahagian daripada jumlah keseluruhan hadiah.

Tema Cabaran Tag pertama ialah humor dan dibuka sehingga 31 Januari. Program ini menawarkan hadiah berjumlah $10,000 dengan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi $2,500, $1,500, dan $1,000, dan dua puluh hadiah sagu hati bernilai $250 untuk dibawa pulang. Pemenang Lensa akan diumumkan pada 14 Februari. 

Harga Pendidikan Baharu dan Diskaun Khas Spectacles untuk Pelajar

Sejak Spectacles diperkenalkan, kami menerima sambutan yang luar biasa dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan kolej serta universiti di seluruh dunia. Untuk memastikan Spectacles boleh diakses oleh komuniti ini, kami memperkenalkan harga pendidikan dan diskaun khas pelajar dengan yuran langganan $49.50 atau €55 sebulan

Anda boleh mengakses harga pendidikan dan diskaun pelajar kami di semua negara yang menyediakan perkhidmatan Spectacles, termasuk AS, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Austria dan Belanda. Mana-mana pelajar atau guru yang mendaftar atau bekerja di institusi pendidikan yang bertauliah dalam pasaran ini layak mendapat harga tersebut.

Mohon untuk menyertai Program Pembangun Spectacles menggunakan alamat e-mel .edu atau institusi pendidikan anda dan mulakan pembangunan anda 1!

Harga di AS: $49.50 sebulan, atau $594 untuk tahun pertama dan $49.50 sebulan selepas itu
Harga di EU: €55 sebulan, atau €660 untuk tahun pertama dan €55 sebulan selepas itu
*tempoh minimum ialah 12 bulan

Kembali ke Berita

1

Tertakluk pada ketersediaan. Tertakluk pada terma.

1

Tertakluk pada ketersediaan. Tertakluk pada terma.