Har ini, realiti tambahan menukar cara kita bercakap dengan rakan-rakan kita. Terdapat lebih daripada satu juta lenses di Snapchat, dan lebih daripada 75% Pengguna Aktif Harian kami berinteraksi dengan AR setiap hari. Tetapi, kami membayangkan satu masa depan di mana kami akan menggunakan AR untuk melihat dunia dalam cara baharu keseluruhannya.
Tahun lepas kami mmeperkenalkan Mercu Tanda, yang membolehkan Kamera Snapchat memahami bangunan individu dan membenarkan Lenses untuk berinteraksi dengan beberapa mercu tanda dunia yang hebat. Dari Istana Buckingham, ke Bangunan Flatiron di New York, ke Taj Mahal, tempat-tempat ini dihidupkan dengan cara-cara yang baharu keseluruhannya daripada perspektif orang-orang yang paling kreatif di dunia, dengan eratnya menganyam dunia fizikal dan digital kita bersama.
Hari ini kami mengambil langkah seterusnya dengan Lenses Tempatan, yang mengevolusi teknologi ini dan membolehkannya untuk mengimbuhkan kawasan yang lebih besar, termasuk blok-blok kota. Dengan mendapatkan maklumat daripada imej 360 darjah, dan Komuniti Snap, kami boleh membina representasi digital dunia fizikal, dan melihat pengalaman imbuhan dari sudut pandangan yang berbeza. Menggabungkan ini dengan pembinaan semula 3D, pembelajaran mesen dan komputasi awan yang diedarkan, kami kini boleh memetakan seluruh blok bandar.
Minggu ini, anda boleh menjumpai Lensa Tempatan pertama kami di Jalan Carnaby di London, yang dipanggil Pelukis Kota. Snapchatter boleh turut serta dengan dunia AR yang dikongsi dan berterusan yang dibina di atas yang fizikal, dan bekerjasama untuk melukis ruang disekeliling mereka. Cari ikon di Peta Snap untuk melihat bila anda semakin hampir. Bersama, kita tahu anda akan seronok menjadikannya sebuah dunia yang lebih warna-warni!