09 September 2020
09 September 2020

Introducing Creator Profiles

For the first time, Creators will be able to experience more of the same benefits as our verified Snap Stars, with a permanent Profile, access to advanced analytics and more that will make it easier for Snapchatters to discover new Creators, and for Creators to connect with their fans!

Buat pertama kalinya, Pencipta akan dapat mengalami lebih banyak manfaat seperti yang dinikmati oleh Bintang Snap sah kami, dengan Profil yang kekal, akses kepada analisis lanjutan dan banyak lagi yang akan memudahkan Snapchatter menemui Pencipta baharu, serta untuk Pencipta berhubung dengan peminat mereka.

Selain daripada menggunakan kamera kami untuk mencipta kandungan yang menakjubkan, komuniti kami suka menggunakan Snapchat untuk mempelajari dunia di sekitar mereka - mereka berbuat demikian dengan menonton Cerita daripada pencipta kegemaran mereka, Rancangan yang menampilkan Bintang Snap kegemaran mereka dan daripada Snap umum yang telah dihantar oleh komuniti Snapchat.

Ciri-ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan yang akan datang kepada pencipta Snapchat di seluruh dunia dengan seting Cerita umum.

Ciri-ciri Pencipta Baharu termasuk:

  • Profil - Sebuah profil skrin penuh di mana Pencipta boleh berkongsi lebih banyak maklumat tentang diri mereka untuk membantu berhubungan dengan peminat, termasuk bio, foto, URL, lokasi dan alamat e-mel.

  • Imej Tumpu - Satu koleksi kandungan foto dan video yang Pencipta boleh tambahkan ke profil mereka daripada Cerita Snap atau Foto. Pencipta boleh menyimpan dan berkongsi mdetik-detik kreatif kegemaran mereka bersama peminat baharu dan yang sedia ada. Mereka boleh menyematkan sizzlers, Snap yang menuju ke video Youtube, video Soal Jawab dan banyak lagi!

  • Lenses - Mana-mana Lenses yang telah dicipta oleh mereka di dalam Studio Lenses akan muncul sebagai sebuah tab dalam Profil Umum mereka.

  • Balasan Cerita - Pencipta boleh berinteraksi dengan peminat mereka dan menjalankan perbualan yang bermakna tentang cerita yang mereka hantar. Mereka boleh meminta pelanggan menghantar soalan ataupun mereka boleh bertanya soalan kepada peminat mereka. Profil tersebut termasuk kawalan untuk menapis balasan berdasarkan apa yang penting kepada mereka, tetapi Snap juga secara automatik menyembunyikan komen yang negatif dan spam. Pencipta boleh menambah satu senarai perkataan, frasa atau emoji yang tersuai yang mereka tidak ingin melihat.

  • Memetik - Membolehkan Pencipta berkongsi balasan Pelanggan ke Cerita Umum mereka. Ini boleh membantu mendalamkan hubungan dengan peminat, dan juga menambah satu dimensi keseronokan yang baharu kepada Cerita. Misalannya, Bintang Snap dan Pencipta boleh menjawab soalan dan peminat akan diberitahu apabila mereka dipetik, yang akan dilakukan secara peribadi, dengan hanya Bitmoji dan nama pertama peminat tersebut akan boleh dilihat oleh audiens Pencipta jika dipetik.

  • Perincian - Snap menawarkan Perincian kepada Pencipta untuk membolehkan pemahaman yang lagi mendalam tentang audiens mereka. Perincian merangkumi demografi audiens, jumlah tontonan dan purata masa yang diluangkan.

  • Peranan - Seorang Pencipta boleh berkongsi akses kepada Profil mereka ataupun berkongsi perincian prestasi dengan Jenama. Ahli pasukan boleh membantu menguruskan Profil Snap seorang Pencipta, termasuklah menambah atau membuang Snap daripada Cerita umum Pencipta tersebut.

Kami teruja untuk membawa kreativiti oleh kumpulan pencipta yang lebih luas kepada Snapchatter dan tidak sabar untuk melihat apa yang mereka lakukan dengan alat-alat baharu ini!

Back To News