Perincian Awal tentang My AI
Dua bulan lalu, kami mula melancarkanMy AI, chatbot kami yang dikuasakan AI, kepada komuniti global kami yang terdiri daripada lebih750 jutaSnapchatter bulanan.
Hari ini, kami teruja keranalebih 150 juta orang telah menghantar lebih 10 bilion mesej kepada My AI[1], menjadikan My AI antara chatbot pengguna terbesar yang tersedia hari ini.

Kami telah diilhamkan oleh cara komuniti kami menggunakan AI perbualan, dengan jutaan orang menggunakan My AI untukmemupuk kreativiti dan hubungan dengan rakan-rakan,menerima cadangan dunia sebenar, danmengetahui lebih lanjut tentang minat dan subjek kegemaran mereka. Kami ingin berkongsi beberapa topik perbualan yang paling popular, berdasarkan pembelajaran daripada komuniti kami di AS, India, Perancis dan Great Britain.[2] [3]









