Kami menyedari betapa pentingnya alat digital untuk kekal berhubung antara satu sama lain - terutama semasa pandemik - serta beberapa risiko berpotensi yang dapat ditimbulkan oleh alat ini
Salah satu sumber risiko pada platform digital ialah hubungan yang boleh dicipta - kadangkala, atas desakan platform - dengan orang yang tidak kita kenali dalam kehidupan sebenar dan mungkin mendedahkan kita kepada pengalaman negatif seperti penyebaran maklumat yang salah, gangguan, atau situasi yang tidak diingini.
Di Snapchat, kami membangunkan aplikasi dengan mengambil berat perkara tersebut. Senibina platform kami dirancang untuk menggalakkan hubungan dan komunikasi antara mereka yang benar-benar berkawan dan menjadikan ia lebih sukar bagi orang asing untuk mencari dan berkawan dengan Snapchatter. Contohnya, di Snapchat:
Tiada profil umum yang boleh dilayari untuk Snapchatter di bawah umur 18 tahun;
Secara lalai, anda tidak boleh Bersembang atau menghubungi seseorang secara langsung melainkan anda berdua telah saling menambah sebagai rakan;
Banyak ciri kami ditetapkan sebagai peribadi secara lalai, ini membantu melindungi Snapchatters daripada berkongsi maklumat yang tidak disengajakan, seperti lokasi mereka, dengan rakan-rakan; dan
Kami tidak memberi peluang kepada sembang Grup untuk ‘menjadi viral’ yang dalam keadaan lain, kadangkala menjadi vektor untuk kandungan atau perekrutan ekstremis. Sembang Grup direka untuk menjadi perbualan antara kumpulan rakan-rakan sebenar, jadi kami hadkan saiznya kepada 64 rakan. Grup tidak boleh dicari, disyorkan atau muncul di mana-mana aplikasi di luar tab Sembang
Hari ini, pada Hari Internet Lebih Selamat, kami melangkah lebih jauh dengan mengumumkan ciri baharu, "Friend Check Up", yang akan mengingatkan Snapchatter untuk menyemak Senarai Rakan mereka dan memastikan ia mengandungi orang-orang yang masih ingin dihubungi. Kaedah mudah ini akan disediakan kepada Snapchatter sebagai notifikasi dalam profil mereka. Friend Check Up akan mula dilancarkan secara global untuk peranti Android pada minggu-minggu akan datang dan untuk peranti iOS, pada bulan-bulan akan datang
Friend Check Up berfungsi untuk mengingatkan Snapchatter bahawa lama-kelamaan mereka mungkin menambah seseorang ke dalam senarai rakan yang mungkin tidak ingin mereka hubungi lagi dalam aplikasi kami. Dengan proses yang cepat, peribadi dan mudah, Friend Check Up membolehkan Snapchatter membersihkan senarai ini dan mengeluarkan mereka yang tidak diperlukan atau mungkin yang telah tersalah tambah
Ciri baharu ini merupakan sebahagian daripada kempen lebih komprehensif yang kami mulakan bulan lalu dengan tujuan untuk mengintegrasikan pendidikan keselamatan dan privasi dalam talian di Snapchat, dengan cara yang akan membantu mengikuti generasi pertama mudah alih kami. Selain alat dalam aplikasi, inisiatif ini juga merangkumi perkongsian dan sumber baharu, termasuk beberapa yang kami umumkan hari ini
Untuk meningkatkan kesedaran dalam aplikasi pada Safer Internet Day, kami bekerjasama dengan Connect Safely di AS dan ChildNet di UK tentang penapis yang akan menggunakan kesemua sumber keselamatan tambahan daripada setiap organisasi. Kami mengembangkan kerjasama kami dengan Crisis Text Line, yang akan mempermudah Snapchatter untuk mendapatkan sokongan sekiranya diperlukan, dan bekerjasama dengan Shout di UK untuk melancarkan talian teks krisis untuk Snapchatter tempatan - serupa dengan yang kami tawarkan kepada komuniti kami di AS
Kami bekerjasama dengan The Trevor Project dalam satu siri inisiatif kesihatan mental untuk belia LGBTQ, termasuk sumber dalam aplikasi baharu dan bekerjasama dengan Mind Up| A Goldie Hawn Foundation, pada kursus keibubapaan dalam talian yang menawarkan alat dan strategi asas untuk menyokong kesejahteraan anak remaja mereka. Kursus ini akan melengkapkan kemas kini Garis Panduan Ibu Bapa yang baru-baru ini kami lancarkan dengan kerjasama organisasi-organisasi ini
Kami berharap agar Snapchatter mendapati alat ini membantu. Dan kami menggalakkan sistem sokongan mereka - ibu bapa, orang tersayang dan pendidik - untuk melihat sumber baharu kami dan bercakap dengan anak-anak mereka tentang kepentingan melihat senarai rakan mereka