Introducing 523

Today, we’re excited to announce 523 - our first content accelerator program.
Kami mengasaskan Snapchat untuk membantu orang ramai menunjukkan diri mereka yang sebenar, mewujudkan ruang di mana mereka boleh berhubung dengan rakan sebenar mereka dan lebih banyak mempelajari tentang dunia di sekitar mereka. Ia satu idea besar yang telah kami hidupkan di sebuah pejabat kecil di 523 Ocean Front Walk di Venice.
Dari cara kami menjalankan perniagaan kami, ke produk yang kami reka, ke pengalaman dan kandungan yang kami cipta -- kami komited untuk menjadikan DEI sebagai asas kepada semua yang kami lakukan di Snap. Cita-cita kami adalah untuk memastikan agar platform kandungan Discover kami, yang kami cipta dengan sengaja, mencirikan kandungan daripada rakan kongsi yang mencerminkan kepelbagaian komuniti Snapchat kami. Dengan lebih 100 juta Snapchatter yang menonton kandungan hiburan di Discover setiap bulan (2021), ia tanggungjawab bersama kami untuk mencipta kandungan yang menarik identiti unik dan minat mereka yang pelbagai.
Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan 523 - program pemecut kandungan pertama kami- direka untuk memberi sokongan dan tumpuan kepada syarikat kandungan serta pihak kreatif kecil milik minoriti yang secara tradisinya kekurangan akses dan sumber — terutamanya apabila dibandingkan dengan pesaing dan penerbit yang lebih besar. Matlamatnya adalah untuk membantu mereka membina perniagaan dan penonton mereka melalui pengagihan kandungan di Discover.
Bermula hari ini, program ini akan menerima aplikasi hingga ke1 Februari. Ketahui lebih lanjut dan mohon dihttps://523.snap.com/
Dalam tempoh enam bulan, Snap akan membekalkan yang berikutnya kepada sebanyak 20 pemohon yang berjaya
  • Pembiayaan dan sumber -- Pembiayaan $10,000 USD sebulan untuk memberi sokongan kepada pelaburan para pemohon dalam pembinaan konsep dan penggambaran kandungan untuk Discover.
  • pementoran 1:1 -- Tunjuk ajar daripada pasukan Rakan Kongsi Kandungan + Media kami atas cara yang terbaik untuk memanfaatkan platform Snapchat bagi meningkatkan penglibatan dan matlamat perniagaan pemohon.
  • Pendidikan rakan kongsi -- bengkel intim yang memberi gambaran kepada Amalan Terbaik untuk berjaya, dengan sesi-sesi daripada pakar melalui Snapchat — termasuk Strategi Kreatif, Pengewangan dan lain lain.
  • Pendedahan dan pemasaran --Penyertaan dalam pengumuman dan acara awam yang berkaitan dengan program 523. Peserta juga akan berpeluang untuk membina hubungan dengan penaja-penaja yang sedang menawarkan masa dan sumber kepada program tersebut, Penaja-penaja termasuk: AT&T, Nissan, Target, State Farm, Unilever, Uber Eats dan McDonalds.
  • Penglibatan Komuniti -- Peluang untuk membina hubungan dengan syarikat lain dalam program 523, dan membina sebuah rangkaian yang lebih kukuh melalui Snapchat.
Telah jauh kami melangkah sejak masa kami berada di 523, namun nombor tersebut masih lagi amat bermakna kepada kami. Kami memberikan namanya kepada program ini kerana ia mewakili segala yang iimpikan oleh kami: satu pengiktirafan kepada masa silam kami yang juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk mempertimbangkan segala kemungkinan.
Kami tidak sabar untuk mendengar daripada anda!
Back To News