Celebrating Snap in India

This week, we hosted a virtual event to celebrate our growing community of Snapchatters in India and the strong partnerships we’ve built.
Minggu ini, kami telah menganjurkan satu acara virtual untuk menyambut komuniti Snapchat kami yang sedang bertambah di India serta perkongsian kukuh yang telah dibina.
Kami sentiasa mempercayai bahawa Snapchat harus bersesuaian dengan budaya setempat, tanpa mengira di mana anda berada di dunia ini. Dari segi bahasa sehingga ke isi kandungannya, para pencipta sehingga ke AR, pasukan kami telah bertungkus-lumus selama setahun untuk membina pengalaman yang boleh diterima oleh komuniti India kami.
Di acara virtual tersebut, kami mengetengahkan kerja-kerja cemerlang rakan-rakan kongsi kami yang sedia ada dan berkongsi beberapa berita menarik tentang sebilangan rakan-rakan kongsi kami yang baharu.
Di bahagian hadapan Discover, kami sedang mencipta satu adaptasi Hindi untuk siri Snap Asli, Phone Swap, dan juga mengadakan rancangan-rancangan eksflusif baharu yang menampilkan selebriti-selebriti seperti Anushka Sen, Raftaar, Ruhi Singh dan Vir Das. Rancangan-rancangan ini akan dikeluarkan pada 2021.
Kami juga teruja untuk menyambut rakan kongsi Permainan Snap India kami yang pertama, MoonFrog Labs, yang sedang mencipta satu versi permainan tersuai yang diketahui dan diminati ramai - Ludo Club. Kami juga sedang bekerjasama dengan pasukan di Mojiworks untuk menambah satu cabaran dapur India "Dosa Dash", ke dalam permainan terkenal kami, Ready Chef Go!
Akhirnya, dengan penyatuan Kit Snap bersama NDTV dan Alt Balaji, Snapchatter boleh berkongsi segala-galanya daripada berita tergempar, ke rancangan-rancangan yang sedang ditonton, maklumat tentang perbandingan harga dan waktu ketibaan masa sebenar ketika sedang menaiki kereta api merentas negara!
Dengan pertumbuhan pengguna aktif harian yang menghampiri 150% dalam tahun yang lepas*, ini hanyalah permulaannya. Kami berharap bahawa komuniti kami akan menikmati ciri-ciri dan pengalaman baharu ini dan kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan kongsi kreatif yang dapat bekerjasama dengan kami.
* Data dalaman Snap Inc, Q3 2019 vs Q3 2020
Back To News