Contributing to COVID-19 Relief

Today, to further support the global COVID-19 relief efforts, we're launching a new augmented reality donation experience, using Snapchat Lenses to bring awareness to the COVID-19 Solidarity Response Fund for the World Health Organization.
Ketika pandemik global Covid-19 ini berlanjutan, teknologi Snapchat membolehkan untuk terus berhubungan dengan rakan-rakan, membawa kesedaran kepada protokol keselamatan sewaktu panduan kesihatan awam berkembang, dan terus kekal bermaklum oleh penerbit media yang dipercayai.
Daripada Panggilan Snapchat ke "Snap Camera", rakan-rakan telah kekal rapat melalui suara dan video. Ciri-ciri panggilan Snapchat, yang selalu digunakan dengan pengalaman AR, bertambah lebih daripada 50% pada hujung bulan Mac berbanding dengan hujung bulan Februari. *
Dengan rangkaian alatan kreatif yang baharu, Snapchatter telah dengan pantasnya berkongsi amalan-amalan terbaik yang diluluskan oleh pihak pakar dengan rakan-rakan mereka melalui Snap mereka. Kita telah menganjurkan tiga Lenses COVID-19, termasuklah satu Lens sedunia yang mengandungi petua-petua untuk kekal selamat dengan sumber maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Lenses-lenses ini telah mencapai hampir 130 juta Snapchatter di seluruh dunia. **
Dan hari ini, untuk lebih lagi menyokong usaha bantuan global Covid-19, kami akan melancarkan satu pengalaman sumbangan realiti tambahan baharu, dengan menggunakan Lenses SnapChat untuk membawa kesedaran kepada Dana Respons Solidariti Covid-19 bagi pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Melalui kamera Snapchat, Snapchatter boleh mengimbas 23 nota mata wang antarabangsa di 33 negara, memunculkan visualisasi AR tentang bagaimana sumbangan menyokong usaha respons segera Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengesan penyebaran COVID-19, memastikan pesakit mendapat rawatan yang mereka perlukan, dan menyediakan bekalan kritikal kepada pekerja barisan hadapan. Snapchatter seterusnya boleh menderma dengan mudah, dan menggalak rakan-rakan untuk melakukan yang sama dengan menghantar Snap tentang pengalaman tersebut.
Selain itu, penerbit-penerbit media yang menulis tentang COVID-19 di platform Discover kami, akan memberi pilihan kepada Snapchatter untuk meleret ke atas untuk terus menderma dari isi kandungan mereka. Sehingga kini, lebih daripada 445 Cerita Discover ataupun Rancangan telah dihasilkan tentang COVID-19, dan lebih daripada 68 juta Snapchatter di seluruh dunia telah melihat isi kandungan yang berkaitan dengan COVID-19 di Snapchat. Lebih daripada 40% Gen Z di US telah mendengar isi kandungan ini agar selalu tersedia maklum. ***
Dengan Covid-19 terus menjejaskan orang-orang di seluruh dunia, Snapchatter kekal berhubung rapat dengan rakan-rakan mereka, boleh dengan mudahnya mencari cerita yang tepat pada masanya dan sahih tentang bagaimana untuk kekal selamat, dan boleh menderma serta membawa kesedaran kepada usaha bantuan yang boleh memberikan impak.
__
* Snap Inc. data dalaman 22 Februari - 6 Mac 2020 vs. 16 Mac - 29 Mac 29 2020.
** Snap Inc. data dalaman Mac 2020.
***Snap Inc. data dalaman 1 - 29 Mac, 2020. Gen Z terdiri daripada Snapchatter berusia 13-24 tahun. Data umur dan lokasi tertakluk kepada had. Lihatlah https://businesshelp.snapchat.com/en-US/a/audience-size-tool untuk maklumat lanjut.
Kembali ke Berita