A new way to share your Bitmoji’s Converse kicks on Snapchat

We’re making it easier to share and receive Bitmoji outfit inspo with your friends. Snapchatters can now show off their favorite Bitmoji looks -- including new Converse styles, by sharing their outfit with friends directly from their Profile.
Snapchatter amat suka mengekspresikan diri mereka dengan apa yang mereka pakai, dan itu termasuk Bitmoji mereka.
Dengan berbilion kombinasi pakaian yang boleh dipilih, Bitmoji boleh menggambarkan apa-apa gaya, dan boleh ditukar agar sesuai dengan setiap mood - daripada jenama seperti Ralph Lauren kepada Jordans, Crocs, dan kini koleksi baharu daripada Converse.
Mulai hari ini, kami menjadikannya lebih mudah untuk berkongsi dan menerima inspo pakaian Bitmoji dengan rakan-rakan anda. Kini Snapchatter boleh menayangkan rupa Bitmoji kegemaran mereka -- termasuk gaya Converse baharu, dengan berkongsi pakaian mereka dengan rakan terus dari profil mereka. Dengan beberapa ketikan sahaja, Snapchatter boleh menggunakan pakaian mereka untuk memulakan perbualan dan mula menjadi pasangan kembar dengan BFF mereka.
Snapchatter akan menerima Mesej Sembang dengan pakaian rakan mereka. Kemudian mereka boleh mencuba dan menyimpan gaya yang sama pada Bitmoji mereka dan menayangkan pakaian baharu mereka di seluruh Snapchat. Perkongsian Pakaian Bitmoji boleh didapati di iOS hari ni, dan akan dilancarkan di Android.
Dengan cara baharu untuk berkongsi dan mengekspresikan diri anda di Snapchat, berhubung dengan rakan-rakan tidak pernah semudah ini.
Nantikan lebih banyak cara untuk berkongsi pakaian terpilih dan tersuai dengan rakan anda!
Back To News