Our 2020 Friendship Report

Today, we released our second global Friendship study, interviewing 30,000 people across sixteen countries, to explore how the COVID-19 pandemic and global issues have impacted friendship. Seventeen experts on friendship from around the world contributed to the report.
Hari ini, kami melancarkan kajian tentang Persahabatan global kami yang kedua, menemu bual 30,000 orang di enam belas negara, untuk mengkaji bagaimana pandemik COVID-19 dan isu global telah memberi kesan ke atas persahabatan. Tujuh belas pakar tentang persahabatan dari seluruh dunia telah menyumbang kepada laporan tersebut.
Bercakap di gambar dan video yang dilapisi dengan alat kreatif seperti realiti tambahan Lenses, Penapis dan Bitmoji avatar peribadi, membantu Snapchatter mengekspresikan diri mereka dan berinteraksi secara visual. Mereka bertindak sebagai penghubung penting apabila bersemuka bukanlah satu pilihan dan pada waktu yang sukar ini telah membolehkan Snapchatter berasa lebih rapat dengan rakan karib mereka walaupun bukan Snapchatter berasa lebih jauh.
Laporan Persahabatan memberikan cahaya baharu tentang bagaimana COVID telah memberi kesan ke atas persahabatan dan apakah peristiwa utama dalam kehidupan yang juga telah memberi kesan, termasuk:
  • COVID telah membawa beberapa rakan menjadi lebih rapat antara satu sama lain, tetapi juga telah membuat beberapa daripada kita berasa sunyi.
  • Persahabatan adalah pertahanan lapisan pertama kita terhadap kesunyian, dan kita secara amnya membuat rakan baik kita semasa kecil, secara purata kita telah mengenali rakan karib kita untuk sekurang-kurangnya separuh dari usia kita.
  • Kebanyakkan daripada kita telah putus hubungan dengan rakan karib kita semasa kecil, dengan majoriti daripada kita mahu untuk bertemu dengan hubungan yang rapat sebegitu semula.
  • Walupun kebanyakkan daripada kita terus berhubungan dengan lebih baik melalui saluran komunikasi digital, kita masih perlu untuk mengembangkan kemahiran bersahabat kita untuk membantu kita memelihara persahabatan jarak jauh dan kembali berhubungan dengan mereka jika kita telah terputus hubungan.
  • Pakar dari seluruh dunia telah memberikan nasihat dan tip bagaimana hendak melakukannya, Snap juga telah mencipta Kapsul Waktu Persahabatan baharu untuk membantu Snapchatter meraikan persahabatan mereka.
Kesan COVID-19
Enam bulan selepas dunia melakasanakan sekatan penjarakan sosial, rakan-rakan menemui cara baharu untuk kekal berhubungan, dan kesan jangka panjang adalah hanya baru menjadi jelas. Ini adalah eksperimen psikologi yang paling besar pernah dilakukan, dan kita tidak tahu lagi bagaimana kesudahannya. Lydia Denworth, wartawan dan pengarang.
Dua pertiga daripada rakan-rakan mengatakan bahawa mereka menggunakan saluran dalam talian untuk berkomunikasi lebih daripada biasanya sebelum COVID-19 (66%) dan bagi ramai perbualan tersebut adalah lebih mendalam (49%), daripada memfokus kepada topik tahap luaran. Nampaknya komunikasi digital adalah penting untuk kekal berhubungan apabila kita berjauhan, dengan majoriti (79%) mengatakan bahawa mereka telah membantu rakan-rakan memelihara persahabatan mereka, tidak kira usia.
Walaupun terdapat kenaikan dalam menghubungi rakan-rakan, COVID-19 juga telah menyebabkan kesunyian bagi beberapa orang. Dua pertiga daripada mereka yang kami telah survei merasakan bahawa merEka berasa sunyi setelah pandemik bermula (66%) - 8% lebih tinggi pra-COVID-19
Hampir separuh (49%) mengatakan bahawa disebabkan tidak dapat berjumpa rakan-rakan mereka telah membuatkan mereka berasa sunyi, dengan hanya satu pertiga berasakan bahawa rakan-rakan cuba menghubungi mereka sebanyak yang mereka mahukan (30%). Malahannya, sepertiga orang (31%5) merasa bahawa penjarakan sosial telah melemahkan hubungan mereka dengan rakan-rakan.
Keseluruhannya, sepertiga yang kami survei mengatakan bahawa COVID-19 telah menjejaskan persahabatan mereka. Dengan hanya sedikit melebihi separuh mengatakan bahawa ia telah membawa mereka kepada perasaan tidak rapat kepada rakan-rakan mereka (53%) Dan hampir separuh daripada mereka yang kami survei bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka berasa "lebih jauh daripada rakan-rakan kerana mereka tidak dapat bersama secara bersemuka"(45%).
Laavanya Kathiravelu, yang mengkaji persahabatan dan penghijrahan, memberitahu kami bahawa "walaupun persahabatan terus diperlihara melalui aplikasi, panggilan telefon, dan bentuk komunikasi yang lain, unsur yang terpisah membawa pergi pengalaman penuh bersahabat bagi kebanyakkan orang."
Ini menjelaskan mengapa terdapat perbezaan yang ketara antara Snapchatter yang sering berkomunikasi secara visual - dan bukan Snapchatter - dengan Snapchatter yang menjadi rapat dengan rakan-rakan semasa pandemik.
Penyelidik persahabatan Donya Alinejad menggambarkan pentingnya komunikasi secara visual kerana mewujudkan "kehadiran bersama" yang menghasilkan "perasaan berada bersama apabila anda sebenarnya berjauhan secara fizikal." Berasa seolah-olah kita sebenarnya bersama adalah penting "untuk banyak sebab",Alinejad mengatakan, khususnya bagi mereka yang memerlukan atau memerlukan sokongan emosi."
Keuntungannya adalah, dengan pandemik menyebabkan banyak pengasingan, orang benar-benar mahu untuk berhubungan dan memastikan mereka yang disayangi adalah selamat.
Lebih satu pertiga (39%) mengatakan bahawa persahabatan adalah lebih penting bagi mereka sekarang dan hampir separuh membuat pilihan dengan sengaja untuk berhubungan dengan rakan-rakan yang mereka telah lama tidak berhubungan (48%)
Sekatan pergerakan telah memberikan kesan pencorongan. Anda mengukuhkan hubungan tertentu dan ada memisahkan yang lain. Jadi, ia telah memantapkan beberapa hubungan semasa tempoh ini," Guillaume Favre, ahli sosiologis.
Yang terlepas dan berhubung semula
Tahun lepas, Laporan Persahabatan mendapati bahawa persahabatan, terutamanya yang dari zaman kanak-kanak, mempunyai kesan yang besar ke atas kegembiraan dan kesejahteraan. Jadi, ia memeranjatkan apabila melihat pada tahun ini yang 79% daripada kita di seluruh dunia telah terputus hubungan dengan rakan karib tetapi menggembirakan apabila 66% mengatakan bahawa mereka akan menghidupkan semula persahabatan mereka. Di AS, jumlah tersebut adalah lebih tinggi, iaitu masing-masing 88% dan 71%.
Dan kita secara umumnya akan memberi maklum balas positif kepada salah satu daripada kawan baik kita yang berhubung semula, antara emosi yang paling menonjol adalah gembira (36%), atau teruja (29%), manakala ada juga minoriti yang akan berasa janggal (14%) atau curiga (6%).
Bagaimana kita mencari jalan kembali kepada rakan-rakan rapat kita? Lebih daripada dua pertiga orang (67%) lebih suka berhubung semula secara digital, tetapi hanya sekitar separuh sahaja yang tahu bagaimana (54%). Perkara nombor satu yang orang ingin menghantar kepada rakan mereka adalah foto mereka bersama (42%), dengan nombor kedua merupakan foto yang mengingatkan mereka tentang suatu memori yang dikongsi bersama (40%). Humor juga mencecah peringkat yang tinggi, dengan satu pertiga berasa bahawa penghantaran meme atau GIF lucu adalah cara yang terbaik untuk memulakan perbualan (31%).
Lebih daripada satu pertiga (35%) menginginkan alat untuk membantu komunikasi, terutamanya dalam situasi yang sukar seperti berhubung kembali.
Bagaimana menjadi rakan yang lebih baik
Terdapat banyak sumber untuk orang yang bergelut dengan hubungan seperti keluarga atau perkahwinan, namun persahabatan tidak mendapat layanan yang sama. Ini telah meninggalkan ramai tanpa alat atau keyakinan diri yang mereka perlukan untuk membangun dan menavigasi kegembiraan dan kesusahan dalam persahabatan.
Pensyarah Britain, Gillian Sandstrom, yang mengkaji psikologi sosial, bercakap tentang "jurang suka", di mana kita cenderung menganggap bahawa orang menyukai kita lebih kurang daripada yang sebenarnya. Bias ini menimbulkan rasa tidak selamat untuk terlibat dalam perbualan. Kita begitu takut kepada keadaan janggal apabila adanya perhentian dalam suatu perbualan dan juga perhubungan gagal sehingga melepaskan peluang untuk memulakan persahabatan atau untuk mendalamkan hubungan menjadi pilihan yang lebih selamat. Orang lebih cenderung menyukai anda daripada yang anda fikirkan, oleh itu, teruslah memberanikan diri.
Mendengar, kekal hadir, dan menerima tanggungjawab adalah kemahiran persahabatan yang utama. Menguatkan kemahiran ini memerlukan sedikit usaha, tetapi dengan beberapa pengajaran dan latihan, pakar kami bersetuju bahawa kita boleh membaikkan persahabatan kami.
Back To News