Memperkenalkan AR Perkhidmatan Perusahaan

Tawaran B2B baharu Snap membawakan teknologi realiti terimbuh (AR) terus ke tangan perniagaan
Snap ialah peneraju dalam realiti terimbuh dengan teknologi bertaraf dunia dan secara purata, lebih 250 juta orang menggunakan AR kami setiap hari.
Kami percaya bahawa AR – kandungan digital yang melitupi dunia nyata – mewakili sebuah anjakan paradigma teknologi yang hebat yang akan memberi kesan ketara kepada perniagaan merentangi hampir setiap industri dan syarikat serta jenama yang menggunakan strategi AR terbaik akan menikmati kelebihan kompetitif yang bermakna pada tahun-tahun akan datang.
Melalui teknologi AR Snapchat, kami telah menyaksikan perkembangan AR daripada cuma sekadar hiburan dan ekspresi diri kepada manfaat sebenar bagi kedua-dua pengguna dan perniagaan. Dan secara semulajadi, setiap jenama perlu berkebolehan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka di luar Snapchat dan merentasi pelantar, termasuk melalui aplikasi dan laman sesawang mereka sendiri.
Hari ini, kami berasa teruja untuk memperkenalkan AR Perkhidmatan Perusahaan (ARES), satu cara baharu bagi perniagaan untuk mengintegrasikan set teknologi AR Snap ke dalam aplikasi, laman sesawang dan lokasi fizikal mereka – mengubah cara mereka berinteraksi dengan pengguna dan memacu hasil perniagaan yang lebih baik. 
Tawaran pertama kami untuk ARES ialah Set Membeli-Belah yang menyediakan AR Cuba-Pakai, Pandangan 3D, Pencari Padanan dan macam-macam lagi – terus di aplikasi dan laman sesawang peniaga. Set Membeli-Belah boleh didapati hari ini dan ia merangkumi AR membeli-belah untuk fesyen, pakaian, aksesori dan kelengkapan rumah. Set tersebut merangkumi: 
  • Perkhidmatan dan sokongan yang dikhaskan: Perniagaan boleh memanfaatkan perkhidmatan yang dikhaskan untuk penciptaan Aset AR dan sokongan pelaksanaan teknikal yang mantap. Perkhidmatan penciptaan aset AR Set Membeli-Belah ini membantu perniagaan mencipta produk pakaian, kasut dan cermin mata mereka dalam versi digital dengan menggunakan perkakasan fotogrametri eksklusif dan saluran penciptaan pembelajaran mesin untuk menghasilkan aset yang tepat yang dioptimasikan untuk prestasi pengguna akhir. 
  • Alat perusahaan untuk menguruskan aset dan penyepaduan: Perniagaan boleh mengurus dan mengoptimasi aset dan penyepaduan AR mereka, mengukur analisis prestasi dan menerima sokongan Set Membeli-Belah yang dikhaskan.
  • Penghantaran pengalaman: Perniagaan boleh menyepadukan AR Cuba-Pakai, Pencari Padanan dan teknologi Pandangan 3D interaktif ke dalam aplikasi dan laman sesawang mereka, menawarkan pembeli dengan cadangan padanan dan saiz, mencuba-pakai atau melihat produk dalam realiti terimbuh dan berinteraksi dengan produk dalam 3D.
Melalui tawaran ini, pembeli di seluruh dunia akan dapat menikmati sebuah pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih tersendiri dan mengasyikkan, dengan set alat-alat canggih yang akan membantu mereka mencari produk yang pastinya tepat.
Lebih 300 pelanggan telah menggunakan beberapa kombinasi ciri-ciri Set Membeli-Belah dan kami sudah pun menyaksikan hasil yang mengujakan daripada pelanggan-pelanggan awal:
  • Goodr memanfaatkan AR Cuba-Pakai dan teknologi Pandangan 3D interaktif untuk mensimulasikan pengalaman membeli-belah di kedai ke dalam peranti mudah alih pelanggan dan telah menyaksikan 81% kenaikan dalam tambah ke troli dan 67% kenaikan dalam penukaran bagi pengguna peranti mudah alih, yang membawa kepada 59% kenaikan dalam keuntungan bagi setiap pelawat (Maklumat dalaman Snap Inc. Mac 15 - Ogos 15 2022).
  • Princess Polly memasukkan ciri-ciri Pencari Padanan dan AR Cuba-Pakai untuk menghantar cadangan kepada lebih 7.5 juta pembeli yang mempunyai kadar pulangan yang dikurangkan sebanyak 24% berbanding pembeli yang tidak menggunakan teknologi tersebut (Maklumat dalaman Snap Inc. Julai 1 2020 - Oktober 31 2022).
  • Gobi Cashmere mempunyai kadar penukaran 4X lebih tinggi bagi pembeli yang menggunakan ciri-ciri cadangan padanan dan saiz serta AR Cuba-Pakai, membantu menyediakan pengalaman yang tersendiri kepada 1 daripada 4 pembeli. (Maklumat dalaman Snap Inc. September 1 2022- Oktober 31, 2022)
Usaha ini telah diterajui oleh Jill Popelka, yang menyertai Snap sebagai Ketua AR Perkhidmatan Perusahaan dan sedang membina sebuah pasukan global yang merentasi strategi, pengalaman pelanggan, jualan, produk, pemasaran produk, sokongan pelanggan dan pembangunan ekosistem.

Kami berharap dapat membawa lebih ramai pelanggan mendekati AR untuk mengubah perniagaan mereka dan menjadikan perjalanan membeli-belah lebih menarik bagi pengguna di seluruh dunia dengan AR Penyelesaian Perusahaan!
Kembali ke Berita