New Year, New Ways to Snap

To kick off the new year, we’ve added a slew of new features to Snapchat messaging that make chatting with your real friends more fun and expressive.
Untuk memulakan tahun baharu, kami telah menambah banyak ciri baharu pada pemesejan Snapchat. Ciri baharu ini akan menjadikan sembang anda bersama rakan sebenar lebih menyeronokkan dan memudahkan anda untuk mengekspresikan diri.
Semua ciri baharu akan tersedia dalam masa beberapa hari lagi. Jadi, anda akan dapat membalas, memberikan reaksi, malah meninjau rakan di seluruh Android dan iOS dengan: 
  • Balasan Sembang - Sembang kumpulan meletup? Dengan Balasan Sembang, anda boleh membalas mesej dalam sembang yang sedang berlangsung secara berasingan. Ini dapat membantu anda memastikan perbualan tidak lari daripada tajuk dan membantu anda berkomunikasi dengan konteks. Untuk memulakan bebenang, tekan dan tahan mesej di Sembang dan ketik Balas.
  • Reaksi Bitmoji - Dengan Reaksi Bitmoji, tidak pernah semudah ini untuk meluahkan perasaan anda di Sembang. Terdapat tujuh emosi Bitmoji yang boleh anda pilih. Jadi, anda akan ada cara yang pantas dan mudah untuk memberikan reaksi kepada mana-mana mesej.
  • Stiker Undi - Kini, anda boleh menambah Undi yang diperkasakan oleh Emoji pada Snaps dan Cerita untuk meninjau buah fikiran rakan anda. Undi visual kami berfungsi di seluruh iOS dan Android. Jadi, semua rakan anda boleh memberikan sumbangan dan menyatakan buah fikiran mereka. Selain itu, Undi kami direka dengan mengutamakan ketelusan – anda boleh melihat bagaimana rakan anda mengundi untuk membantu memastikan respons sentiasa bertimbang rasa dan tidak menyinggung perasaan. Untuk mencipta Undi, sila lihat pilihan baharu di dalam folder Stiker. 
  • Panggilan Lebih Baik - Kami telah mereka semula antara muka panggilan video dan audio kami untuk menjadikan perbualan langsung lebih menyeronokkan. Kini, jauh lebih mudah untuk menambah Lensa dan melihat pratonton senarai orang yang telah menjawab panggilan kumpulan sebelum anda menyertainya. Selain itu, dengan pilihan berjuta-juta Lensa yang serasi dengan panggilan video, terdapat begitu banyak cara untuk mengekspresikan diri anda.
Berseronoklah dengan Snap!
Back To News