See How the Stars and Your Friendships Align with Snapchat Astrology

The stars have aligned! We’re introducing new Astrology features that help you celebrate your relationships, strike up conversations, and bond with your friends in a whole new way -- going far beyond what you see in a daily horoscope.
Bintang -bintang telah sejajar! Kami memperkenalkan ciri-ciri Astrologi baharu yang membantu anda meraikan persahabatan anda, memulakan perbualan, dan menjalin hubungan dengan rakan-rakan anda melalui cara yang baharu -- jauh melebihi apa yang anda lihat dalam horoskop harian.
Pertama, untuk melihat Profil Astrologi peribadi anda, masukkan waktu kelahiran anda dan lokasi, dan sumber-sumber astrologi ketuhanan kami akan mendedahkan ciri-ciri keperibadian anda, seperti mana yang ditulis oleh bintang-bintang melalui 10 dimensi planet yang berbeza.
Dan sudah tentu, semuanya adalah lebih baik bersama rakan. Oleh itu, seterusnya, pergi ke Profil Persahabatan anda dengan rakan anda untuk melihat Kesesuaian Astrologi yang dikongsi bersama. Mereka akan menunjukkan bagaimana sifat dan keperibadian anda bersilang antara Tarikan, Intensiti, Ketegangan, Sokongan, dan Keharmonian.
Ia mudah untuk memuat turun carta peribadi anda ke Foto anda, atau untuk berkongsi ke Cerita anda ataupun dengan sesiapa sahaja di Snapchat.
Oleh itu, selepas ini apabila anda menghadap langit untuk mendapatkan jawapan tentang persahabatan anda, maklumat yang anda cari tidak lebih jauh dari Profil Persahabatan anda.
Astrologi Snapchat tersedia di seluruh dunia untuk pengguna Android dan iOS dalam bahasa Inggeris.
VideoKembali ke Berita