Say Hello to the Snapchat Camera on the Lock Screen of Google's Pixel 6 and Pixel 6 Pro

For the first time ever, we’re making the Snapchat Camera accessible directly from a phone lock screen. With Quick Tap to Snap, you can capture moments quickly before they disappear.
Kami sentiasa mencari jalan untuk menginovasi Kamera kami dan membantu komuniti kami merakam Snap detik-detik seharian, sewaktu ia berlaku. Itulah sebabnya kami teruja untuk mengumumkan 'Ketik Segera untuk Snap' untuk Pixel 6 dan Pixel 6 Pro Google. 
Buat pertama kalinya, kami membolehkan Kamera Snapchat diakses terus dari skrin kunci telefon. Dengan Ketik Segera untuk Snap, anda boleh menangkap detik-detik dengan pantas sebelum ia lelap. 
Beginilah cara ia berfungsi: Dengan mengetik bahagian belakang telefon anda, anda boleh mencipta Snap dan bermain dengan Lenses terus dari skrin kunci, tanpa perlu membuka kunci telefon anda. Apabila Snap sedia untuk dikongsi, log masuk ke skrin kunci telefon anda untuk terus mendapat pengalaman penuh aplikasi tersebut. 
Tapi tunggu, terdapat banyak lagi: Kami akan bekerjasama dengan Google untuk melancarkan Lensa realiti terimbuh eksklusif dan juga untuk menyokong beberapa ciri Pixel Google, seperti Sudut Ultra Luas dan terjemahan langsung pada kamera dan sembang Snapchat di Pixel 6 dan 6 Pro. Anda boleh merakam Snap sudut luas dan juga bercakap dengan rakan anda dalam lebih daripada 10 bahasa, serta menterjemah perbualan dalam masa nyata. 
Ciri-ciri ini, bersama Ketik Segera untuk Snap, akan dilancarkan dalam beberapa bulan yang akan datang. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi mudah alih kami untuk membawa lebih banyak pengalaman kepada Snapchatter di seluruh dunia!