01 Jun 2020
01 Jun 2020

We Stand Together

Snap CEO Evan Spiegel sent the following memo to all Snap team members on Sunday, May 31. In it he condemns racism while advocating for creating more opportunity, and for living the American values of freedom, equality and justice for all.

Ahli Pasukan sekalian,

Seperti yang dikongsi oleh Lara pada minggu lalu, kami telah merancang untuk membincang tentang berita kematian George, Ahmaud, dan Breonna pada pagi esok di Snap dalam Tumpuan, tetapi akibat penggelutan diri saya dengan sejarah lama keganasan perkauman serta ketidakadilan di Amerika, saya berpendapat bahawa perbincangan ini tidak harus ditangguhkan. Setiap minit kita berdiam diri di hadapan wajah kejahatan dan kesalahan, kita menyokong golongan pihak yang berbuat jahat. Saya meminta maaf atas kelewatan saya untuk berkongsi perasaan saya dengan anda sekalian.

Saya berpatah hati dan amat berang dengan layanan yang telah diberikan kepada rakyat-rakyat berkulit hitam serta rakyat-rakyat lain yang berbeza kaum di Amerika.

Sejak usia yang muda lagi, saya sedar akan perjuangan rakyat untuk mencapai kebebasan, kesaksamaan, dan keadilan hidup. Bapa saya telah berkhidmat sebagai seorang penasihat umum di Suruhanjaya Christopher (Christopher Commission) (dan, bagai ditakdirkan, penasihat umum kami, Mike, juga pernah bekerja di suruhanjaya tersebut), yang diwujudkan untuk menyiasat isu-isu perkauman dan penyalahgunaan kekerasan secara melampau oleh Jabatan Polis Los Angeles, berikutan berita Rodney King yang telah dipukul di Los Angeles pada tahun 1991. Suruhanjaya tersebut menjumpai isu-isu perkauman yang meluas serta penyalagunaan kekerasan secara melampau yang telah dilepas pandang oleh para pemimpin. Cadangan-cadangan yang dibuat pada masa itu, hampir 30 tahun yang lalu, dikhuatiri masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Dalam kehidupan saya kemudiannya, saya berpeluang untuk bekerja dan belajar di Afrika Selatan, di mana saya, dengan amat bertuahnya, berpeluang untuk berkenalan dengan salah seorang hero saya - Bishop Tutu. Saya bukan sahaja telah menyaksi kesengsaraan sistem Apartheid dan legasi sejarah isu perkauman, tetapi juga usaha gigih yang berterusan untuk menuju ke arah kemajuan dan kedamaian. Semasa berada di Stanford, pada tahun saya sebagai seorang pelajar Senior, saya tinggal di Ujamaa, satu asrama dalam kampus yang didirikan khas untuk komuniti berkulit hitam (dan di mana majoriti penduduknya adalah masyarakat yang berkulit hitam). Walaupun dengan banyaknya keistimewaan hidup yang boleh dinikmati di Stanford, tetap wujud lagi banyak ketidakadilan dari segi isu perkauman di dalam masyarakat kita yang boleh dipelajari.

Saya berkongsi ini bukan untuk menunjukkan bahawa saya memahami dengan sepenuhnya pengalaman orang berkulit hitam di Amerika Syarikat, tetapi untuk menjelaskan bahawa selama hampir 30 tahun, saya secara individu telah menyaksikan ataupun mengambil bahagian dalam usaha perjuangan ini yang amat bersemangat, berterusan, bernas, dan gigih di Amerika dan di seluruh dunia. 30 tahun kemudian, walaupun dengan berjuta-juta suara yang telah menuntut perubahan, progres dalam tuntutan tersebut masih lagi berkurangan. Ketidakadilan ekonomi di Amerika telah mencapai tahap yang tidak disedari untuk selama hampir satu abad, rakyat-rakyat yang berkaum lain tidak dapat mengunjungi kedai runcit atau pergi berjoging tanpa mengkhuatiri bahawa mereka mungkin akan dibunuh tanpa akibat, sebagai rumusan, eksperimen Amerika sedang menghadapi kegagalan.

Saya berkongsi perkara ini sebab saya faham, dengan kata-kata oleh MLK, "rusuhan itu bahasa rakyat yang suara mereka tidak terdegar", serta pihak-pihak yang telah berjuang secara aman berjuang untuk perubahan selama beberapa abad, hanya menyaksi sedikit sahaja perubahan dan progres terhadap visi kebebasan, kesaksamaan, dan keadilan untuk semua yang telah lama dijanjikan oleh Amerika. Saya faham kenapa mereka yang mengadakan rusuhan berasa bahawa isi hati mereka tidak didengari.

Dalam ucapan pertama saya selepas penciptaan Snapchat, yang telah disampaikan di "Stanford Women in Business Conference" pada tahun 2013, saya telah mengisytihar bahawa "Saya seorang lelaki berkulit putih yang muda dan berpelajaran. Saya sangat, sangat bernasib baik. Dan kehidupan ini adalah tidak adil.” Saya berasa ia adalah amat penting untuk mengisytiharkan hak istimewa saya dan mengakui kewujudan ketidakadilan dalam masyarakat kita – terutamanya di hadapan pemimpin-pemimpin peniaga wanita yang bertolak-ansur dengan ketidakadilan ini setiap hari. Mengakui hak keistimewaan saya adalah satu langkah pertama yang penting untuk saya kerana ia membantu saya untuk mendengar. Pengalaman saya sebagai seorang kaum lelaki berkulit putih yang kaya semestinya berbeza dengan pengalaman ketidakadilan yang dihadapi oleh rakyat-rakyat Amerika kita yang lain. Memahami kesengsaraan mereka yang berbeza daripada diri saya telah membantu saya menjadi seorang rakan sekutu yang lebih baik dalam perjuangan ini.

Idea asas di sebalik penubuhan negara kita adalah dengan tanggapan bahawa situasi kelahiran anda tidak akan menentukan cara dan nasib kehidupan anda. Pengasas kita berpendapat bahawa idea Tuhan hanya memilih seorang raja sahaja tidak masuk akal - Tuhan telah memilih kita semua dan menyayangi kita semua secara adil dan sama rata. Mereka ingin membina sebuah masyarakat yang boleh mencerminkan kasih sayang Tuhan dan juga idea bahawa Tuhan wujud di dalam diri kita semua. Tuhan tidak percaya bahawa ada di antara kita yang lebih berhak ataupun tidak berhak menerima kesayangan.

Sudah tentunya, Bapa Pengasas tersebut yang mendukung nilai-nilai kebebasan, kesamarataan, dan keadilan untuk semua – sebahagian besarnya terdiri daripada pemilik hamba abdi. Visi mereka tentang satu negara yang dibina oleh rakyat, untuk rakyat sendiri, telah pun dibangunkan atas dasar prasangka, ketidakadilan, dan sifat perkauman. Dengan tidak menangani dasar landasan yang rapuh ini serta kegagalannya yang berterusan dalam proses mencipta peluang untuk semua, kita sedang menghalang keupayaan kita sendiri dari mencapai progres yang sepatutnya- dan kita akan terus ketinggalan dalam proses pencapaian visi kebebasan, kesamarataan, dan keadilan untuk semua.

Saya selalu ditanya oleh kawan-kawan, ahli-ahli pasukan, wartawan, dan rakan-rakan kongsi tentang perkara yang bolehdilakukanuntuk melakukan perubahan. Menyedari bahawa saya bukanlah seorang pakar, dan pada usia 29 tahun yang sudah matang ini, saya perlu belajar lebih banyak lagi tentang cara kerja dunia ini, di bawah ini saya akan berkongsi perspektif saya sendiri tentang perkara-perkara yang diperlukan untuk mewujudkan perubahan yang dikehendaki di Amerika. Kita tidak boleh mengakhiri isu perkauman sistemik tanpa pada masa yang sama mencipta peluang untuk semua orang, tanpa mengira latar belakang mereka.

Pertama, ia adalah penting untuk memahami bahawa, berdasarkan perspektif saya, kebanyakan daripada Amerika moden telah ditakrifkan oleh "idea besar" yang dikemukakan oleh Presiden Reagan dan pihak-pihak lain bahawa perniagaan haruslah menjadi enjin kemajuan negara dan pihak kerajaan tidak harus terlibat. Sesungguhnya, pemotongan cukai dan penyahkawalseliaan telah membantu ekonomi Amerika berkembang dan kerajaan persekutuan telah mengalihkan peratusan perbelanjaannya dari segi usaha yang berorientasikan masa hadapan negara seperti Penyelidikan&Pembangunan (R&D) kepada hak asas seperti Keselamatan Sosial. Sudah tentunya, R&D kerajaan adalah sejenis pelaburan jangka masa panjang, tetapi dengan manfaat yang boleh diperolehi dalam jangka masa yang terdekat: ia telah membina dasar untuk pelbagai komponen dalam telefon pintar zaman moden ini, yang telah membawa kepada pertumbuhan dan kejayaan perniagaan seperti yang dimiliki oleh kami ini. Berikut adalah kiraan kasar (dan tidak sempurna) Belanjawan Persekutuan – kita boleh membahaskan di mana tergolongnya setiap baris item, namun, kiraan anggarannya mendedahkan kecenderungan perbelanjaan yang lebih besar terhadap masa dahulu dan masa kini, dengan pengorbanan terhadap perbelanjaan ke arah masa hadapan:

Perbelanjaan FY Snapchat mengikut Fungsi Belanjawan

% daripada Jumlah Belanjawan

Masa lalu/Sekarang

Medicare

16.80%

Keselamatan Sosial

15.79%

Pertahanan Negara

15.27%

Kesihatan

10.50%

Faedah Bersih

8.45%

Keselamatan Pendapatan

8.21%

Kerajaan Am

5.81%

Faedah dan Perkhidmatan Veteran

3.13%

Pentadbiran Keadilan

1.18%

Pertanian

0.59%

Anggaran Jumlah Masa Kini/Dulu

85.73%

masa depan

Pendidikan, Latihan, Perkhidmatan Sosial

2.24%

Sumber Asli dan Alam Sekitar

1.05%

Pengangkutan

1.73%

Pembangunan Masyarakat dan Wilayah

0.88%

Pembangunan Masyarakat dan Wilayah

0.56%

Tenaga

0.35%

Anggaran Jumlah Masa Depan

6.81%

Ia bukannya suatu rahsia lagi bahawa negara kita lebih mengutamakan perniagaan. Kami di Snap telah mendapat manfaat yang besar daripada polisi ini, tetapi saya percaya sekarang adalah masanya untuk mengutamakan rakyat Amerika dahulu.

Saya percaya bahawa langkah pertama dan juga langkah yang paling penting adalah dengan menegaskan kembali komitmen kita kepada nilai-nilai murni asas kita sebagai sebuah negara: kebebasan, kesaksamaan, keadilan, kehidupan, kebebasan, serta pencapaian kebahagiaan hidup. Kita harus berganding bahu untuk mewujudkan satu visi bersama bagi mencapai kejayaan masa hadapan dan menentukan sifat-sifat Amerika yang dikehendaki untuk anak cucu kita nanti. Ini haruslah menjadi satu proses yang melibatkan semua rakyat Amerika dan dengan betul-betulnya “dibina oleh rakyat, untuk rakyat sendiri.” Jika kita boleh mendefinisikan negara yang diingini, kita boleh mula bertindak dan menerapkan nilai-nilai murni kita ke atas setiap keputusan penting yang dibuat, supaya visi kita boleh menjadi kenyataan.

Kita juga perlu mula mendefinisikan kejayaan kita dari segi pengamalan nilai-nilai murni kita, dan bukan hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja, seperti metrik dalam GDP ataupun pasaran saham. Apabila kos perubatan anda meningkat, tanpa mengira nilai yang anda terima, GDP akan meningkat. Sekiranya ada taufan yang melanda dan merobohkan banyak rumah sehingga pembangunan semula diperlukan, GDP akan meningkat. GDP ialah satu metrik bermasalah yang tidak dapat mencerminkan perkara mana yang sebenarnya menyumbang kepada kebahagiaan manusia. Pencarian kebahagian hidup haruslah berkembang melepasi pengejaran untuk kekayaan.

Kita harus menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran yang tidak berpihak kepada sesiapa, Rekonsiliasi, dan Reparasi yang pelbagai. Kita perlu memulakan proses untuk memastikan bahawa suara dan isi hati masyarakat berkulit hitam di America akan didengari di seluruh negara, menyiasat sistem keadilan jenayah untuk sebarang ketidakadilan dan prasangka, menguatkan Bahagian Hak Sivil Jabatan Kehakiman, serta mengambil langkah menjalankan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya untuk mencapai kedamaian dan pembaikan hidup. Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada orang-orang yang telah berani menjalankan proses yang sama disebabkan kekejaman yang berlaku di seluruh dunia, dan kita harus mencipta satu proses yang mencerminkan nilai-nilai murni orang Amerika serta membantu negara kita membuat perubahan yang diperlukan untuk sembuh.

Kita harus memulakan semula “Enjin Peluang” di Amerika dengan melabur dalam pendidikan, kesihatan, dan perumahan, untuk menjadikan hak-hak asas ini mampu diakses dan dimiliki oleh semua, dan untuk membina satu masyarakat yang bebas dan adil.

Saya percaya bahawa salah satu sebab keusahawanan di Amerika telah merosot secara ketara sejak tahun 1980-an adalah disebabkan kekurangan jaringan keselamatan dalam masyarakat kita. Keusahawanan bergantung kepada keupayaan rakyat mengambil risiko untuk memulakan perniagaan, dan ini adalah hampir mustahil jika tiadanya jaringan keselamatan untuk mereka seperti yang dimiliki oleh saya. Calon-calon usahawan hari ini dibebani dengan hutang pelajar dan tertakluk kepada kenaikan gaji yang terbantut serta kos pembelanjaan yang kian meningkat, menyukarkan proses penjimatan untuk mendapatkan modal yang diperlukan untuk memulakan sebarang perniagaan.

Pelaburan terhadap masa hadapan negara kita untuk membawa manfaat kepada anak cucu kita adalah mahal. Kita perlu menguatkuasakan sistem cukai pendapatan yang lebih progresif dan cukai hartanah yang jauh lebih tinggi, serta syarikat akan diperlukan untuk membayar kadar cukai yang lebih tinggi. Sambil kita melabur tuntuk masa depan, kita juga perlu mengurangkan defisit persekutuan supaya kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kejutan luar yang mungkin akan datang pada masa hadapan, di dunia kita yang sedang berubah dengan cepat ini. Pendek kata, pihak-pihak seperti saya akan membayar lebih banyak cukai – dan saya percaya ia adalah berbaloi untuk membina satu masyarakat yang bermanfaat untuk semua.

Sebilangan besar perubahan ini boleh menjadi berita “buruk” kepada perniagaan dalam jangka masa pendek, tetapi kerana ia merupakan satu pelaburan jangka masa panjang untuk rakyat-rakyat negara kita, saya percaya bahawa kita secara kolektifnya akan memperolehi keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Mengapakah perubahan ini masih belum lagi berlaku? Saya berpendapat bahawa ini adalah disebabkan bilangan majoriti generasi Boomer di semua cabang kerajaan kita yang tidak banyak berminat untuk mencipta satu masa depan yang lebih baik untuk anak cucu mereka. Selama beberapa dekad, kerajaan kita telah komited kepada strategi pemotongan cukai yang dibiayai dengan hutang dan hak berbelanja untuk memperkayakan konstituen terpenting mereka iaitu: Generasi Boomer. Sememangnya, generasi Boomers memegang hampir 60% daripada jumlah kekayaan rakyat di Amerika. Dari segi konteks, para jutawan memegang sekitar 3%. Sebagai contoh, dengan adanya Keselamatan Sosial, kami membiayai program yang memberi faedah kepada generasi terkaya dalam sejarah Amerika tanpa sebarang bentuk ujian kemampuan.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa apabila generasi yang lebih tua tidak membayangkan diri mereka sendiri tercermin dalam generasi muda, mereka akan lebih tidak sanggup untuk melabur ke atas masa hadapan mereka. Di Amerika, 70% daripada generasi Boomer terdiri daripada orang berkulit putih, manakala generasi Z pula terdiri daripada 50% orang berkulit putih. Perubahan demografi di Amerika tidak dapat dielakkan. Oleh dengan itu, soalannya adalah, bolehkah kita berkerjasama untuk membina sebuah negara yang lebih jelas mencerminkan nilai-nilai asas kita, membaikpulihkan luka masa lalu yang dalam, gigih untuk menghapuskan sifat perkauman dan ketidakadilan, serta mencipta peluang untuk semua - tanpa mengira siapa, ataupun tempat asal mereka.

Sumber: https://money.cnn.com/interactive/economy/diversity-millennials-boomers/

As for Snapchat, we simply cannot promote accounts in America that are linked to people who incite racial violence, whether they do so on or off our platform. Our Discover content platform is a curated platform, where we decide what we promote. We have spoken time and again about working hard to make a positive impact, and we will walk the talk with the content we promote on Snapchat. We may continue to allow divisive people to maintain an account on Snapchat, as long as the content that is published on Snapchat is consistent with our community guidelines, but we will not promote that account or content in any way.

It is never too late to turn towards love, and it is my sincere and earnest hope that the leadership of our great country will work towards our founding values, our raison d’être: freedom, equality, and justice for all.

Until that day, we will make it clear with our actions that there is no grey area when it comes to racism, violence, and injustice – and we will not promote it, nor those who support it, on our platform.

This does not mean that we will remove content that people disagree with, or accounts that are insensitive to some people. There are plenty of debates to be had about the future of our country and the world. But there is simply no room for debate in our country about the value of human life and the importance of a constant struggle for freedom, equality, and justice. We are standing with all those who stand for peace, love, and justice and we will use our platform to promote good rather than evil.

I know there are many people who feel that just because “some people” are racist, or just because there is “some injustice” in our society that we are “not all bad.” It is my view that humanity is deeply interconnected and that when one of us suffers, we all suffer. When one of us is hungry, we are all hungry. And when one of us is poor, we are all poor. When any one of us enables injustice through our silence we have all failed to create a nation that strives for its highest ideals.

Some of you have asked about whether Snap will contribute to organizations that support equality and justice. The answer is yes. But in my experience, philanthropy is simply unable to make more than a dent in the grave injustices we face. While our family has and will continue to contribute meaningfully to create opportunity for the underprivileged, and donate to the guardians of justice, these circumstances call for a more radical reorganization of our society. Private philanthropy can patch holes, or accelerate progress, but it alone cannot cross the deep and wide chasm of injustice. We must cross that chasm together as a united nation. United in the striving for freedom, equality, and justice for all.

We have a great many challenges in front of us. To confront the long legacy of violence and injustice in America – of which George, Ahmaud, and Breonna are the latest victims, with so many more unnamed – we must embrace profound change. Not merely a change in our country, but a change in our hearts. We must carry the light of peace and share the embrace of love with all humankind.

May peace be with you,

Evan

Back To News