26 Julai 2024
26 Julai 2024

Nikmati Perayaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Snapchat

Minggu ini, atlit terhebat dunia akan berkumpul di Paris untuk bersaing di pentas terhebat - Sukan Olimpik dan Paralimpik. Di sinilah bagaimana peminat dari setiap sudut di dunia boleh mengikuti keterujaan yang ada menggunakan Snapchat.

Untuk memastikan peminat mengalami keseronokan dan perpaduan Sukan ini, tidak kira di mana mereka berada, peminat boleh lebih dekat lagi dengan aksi melalui tumpuan, penciptaan kandungan, realiti tertambah unik, pengalaman penyiar rasmi dan banyak lagi

Penyiar rasmi Sukan olimpik, termasuk NBCUniversal dan WBD, membawa tumpuan rasmi untuk peminat supaya lebih rapat lagi dengan aksi atlit. Lebih-lebih lagi, NBCUniversal akan membolehkan pencipta kandungan menyediakan perspektif unik Olimpik dan Pasukan AS.

Pengalaman Realiti Tertambah

Musim panas ini, dan untuk pertama kalinya, peminat akan merasai Sukan Olimpik ini pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini melalui realiti tertambah di Snapchat. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan beberapa rakan komersial telah melancarkan satu siri pengalaman AR yang sangat mendalam pada Snapchat untuk memberi inspirasi, melibatkan diri dan mengujakan. Bagi berjuta-juta orang yang menonton di seluruh dunia, penyiar pemegang hak IOC dan rakan kongsi Olimpik bergantung pada kuasa AR untuk membina pengalaman perkongsian yang lebih kukuh untuk komuniti global kami.

Pelbagai pengalaman yang dikuasakan oleh teknologi Kit Kamera AR Snap tersedia melalui apl rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 serta di Snapchat. Menampilkan suapan data Olimpik, imejan arkib IOC dan banyak lagi, IOC, dengan kerjasama Paris AR Studio Snapchat, telah melancarkan satu siri AR Lenses untuk memberi perkhidmatan kepada peminat di rumah dan di seluruh dunia untuk memastikan semua orang berasa berhubung dengan Sukan tersebut. Sebagai contoh, dalam merayakan ulangtahun ke-100 tahun kali terakhir Olimpik berlangsung di Paris, peminat akan dapat melihat bandaraya di sekeliling mereka berubah menjadi Paris 1924, sementara peminat seluruh dunia akan menggunakan Lensa untuk membawa mereka kembali ke stadium Yves-du-Manoir tahun 1924.

Juga dengan kerjasama bersama Snapchat Paris AR Stuido, IOC juga menambah interaksi unik AR kepada poster rasmi Sukan Olimpik, yang menjadi hidup apabila diimbas dan ia juga tersedia untuk peminat di seluruh dunia melalui aplikasi rasmi Sukan Olimpik dan di profil Snapchat rasmi OIC.

Arcadia, Snapchat AR Studio yang menumpukan pada membina pengalaman perintis dengan jenama inovatif, telah bekerjasama dengan NBCUniversal untuk membawa set pengalaman AR yang menarik untuk menyelami peminat Gen Z di AS, membawa mereka ke barisan hadapan Majlis Perasmian, memberikan mereka lagu yang diperibadikan- dalam pengesyoran yang lengkap dengan statistik masa nyata, dan memperkenalkan mereka kepada atlet Pasukan USA dan Bitmoji mereka, termasuk Paralimpik Pasukan USA (cth. bintang Trek & Padang Ezra Frech):

Coca Cola dan Snapchat akan juga membawa hadirin mesin layan diri AR pertama dunia. Ditemui di perkampungan atlet dan Festival Makan Antarabangsa Coca Cola, mesin ini dikuasakan oleh Cermin AR Snapchat tersuai dan menyediakan foto operasi permainan, dan hadiah, juga minuman Coca Cola yang dikasihi.

Kandungan

Buat julung kalinya, dan dengan kerjasama bersama NBCUniversal, kami akan membawa pencipta kepada Sukan Olimpik untuk merakam dan berkongsi pengalaman unik mereka dan cerita dari Sukan Olimpik ini. Gimnas LSU Livvy Dunne, bintang realiti Harry Jowsey, dan artis muzikal Enisa akan membuat liputan acara termasuk upacara perasmian serta Bola Keranjang Pasukan AS, gimnastik, Trek dan Padang, Renang, Ekeustrian dan banyak lagi, sebagai sebahagian daripada Kolektif Pencipta Paris NBCUniversal

Dan juga, rakan kongsi kami dengan NBCUniversal memastikan tumpuan rasmi, rancangan penutup harian, dan kandungan di belakang tabir akan tersedia di Snapchat sepanjang sukan berlangsung:

  • Tumpuan Olimpik: Tumpuan Kemas kini secara langsung merangkumi detik video terbaik dari siaran rakaman NBC Sports.

  • Sorotan Olimpik: Profil atlet/pasukan terbaik juga selaman lebih mendalam ke dalam alur cerita dan persembahan terbesar menggunakan campuran rakaman premium, sorotan siaran, dan UGC.

  • POV Ahli Olimpik: Menyusun UGC terbaik merentasi internet yang menampilkan atlet yang membawa kepada Sukan Olimpik dan masa mereka di dalam perkampungan atlet.

  • Mengimbau kembali Olimpik: Sorotan detik-detik popular daripada sejarah Olimpik daripada imbasan semula, sorotan atlet, kandungan arkib, budaya pop dan banyak lagi.


Dengan ihsan Warner Bros. di Eropah dan Discovery's beIN SPORTS di Timur Tengah dan Afrika Utara, Snapchatters akan mempunyai akses kepada setiap detik yang tidak boleh dilepaskan daripada Sukan tersebut.

Peralatan Kreatif

Tersedia untuk Snapchatters adalah koleksi Stiker dan Penapis untuk meraikan Sukan Olimpik ini.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami mengekalkan keselamatan komuniti global kami untuk memupuk persekitaran yang positif dan selamat semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024, klik di sini

Mari mulakan Sukan Olimpik ini!

Kembali ke Berita