
Protecting your Privacy
There’s been some confusion about the updated Privacy Policy and Terms of Service we rolled out last week. We never want to create any misunderstanding over our commitment to protecting your privacy.
Terdapat beberapa kekeliruan tentang Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan yang telah dikemaskini yang kami perkenalkan pada minggu lepas. Kami tidak pernah ingin mewujudkan sebarang salah faham ke atas komitmen kami dalam melindungi privasi anda.
Pertamanya, kami ingin menjelas: Snap dan Sembang yang anda hantar kepada rakan-rakan anda kekal peribadi pada hari ini, sama seperti sebelum pengemaskinian tersebut. Dasar Privasi kami terus menyatakan-seperti sebelum ini-bahawa mesej-mesej tersebut "secara automatik akan dipadamkan dari pelayan kami sebaik sahaja mereka mengesan bahawa ia telah dilihat atau tamat tempoh." Sudah tentu, seseorang penerima sentiasa boleh mengambil syot layar ataupun menyimpan Snap atau Sembang anda. Tetapi perkara yang penting adalah Snapchat tidak-dan tidak pernah-menyimpan Snap atau Sembang anda yang peribadi. Oleh sebab kami terus memadamnya daripada pelayan kami sebaik sahaja mereka dibaca, kami tidak boleh-dan tidak akan-berkongsi dengan para pengiklan dan rakan-rakan kongsi.
Memang benar bahawa Terma Perkhidmatan kami memberi kami lesen yang luas untuk menggunakan kandungan yang anda cipta-lesen yang biasa digunakan oleh perkhidmatan yang serupa dengan perkhidmatan kami. Kami memerlukan lesen sebegitu untuk, sebagai contoh, Snap menyerahkan kepada Cerita Secara Langsung, di mana kami perlu menunjukkan Cerita dari pelusuk dunia-dan juga memainkan mereka semula atau sindiketkan mereka (sesuatu yang pernah kami nyatakan boleh dilakukan dalam versi terdahulu Terma dan Dasar Privasi kami). Namun kami cuba menjelaskan bahawa Dasar Privasi tersebut dan tetapan privasi anda dalam aplikasi boleh menyekat skop lesen tersebut supaya komunikasi peribadi anda terus kekal peribadi.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa kami menyemak semula Dasar Privasi dan Terma Penggunaan. Sini adalah beberapa sebab utamanya:
Perkara utama yang kami lakukan adalah menulis semula Terma dan Dasar Privasi supaya mereka boleh dibaca dalam cara percakapan yang biasa. Kami sentiasa cuba untuk bertampil jujur dan jelas dengan komuniti kami.
Kami telah menambah bahasa kepada Terma Perkhidmatan mengenai pembelian dalam aplikasi. Kami perlu melakukannya sekarang setelah kami mula menjual Ulang Tayang —dan mempunyai beberapa produk dan perkhidmatan hebat lain yang kami tidak sabar untuk menyampaikan kepada anda tidak lama lagi.
Untuk menjadikannya lebih mudah untuk rakan-rakan mencari anda di Snapchat, kami telah menjelaskan maklumat apa—seperti nama anda—akan boleh dilihat oleh Snapchatter lain dan bagaimana anda boleh mengubah maklumat tersebut.
Kedua-dua Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi adalah dokumen penting, jadi kami menggalakkan semua Snapchatter untuk membacanya. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat Sokongan Snapchat, termasuk artikel sepertiBilakah Snap dan Sembang dipadamkan? dan Garis Panduan Komuniti kami.