Nota penyunting: KPE Snap, Evan Spiegel menghantar memo berikut kepada semua pasukan Snap pada 17 Mei.
Pasukan,
Hari ini kami melancarkan laporan tahunan kedua CitizenSnap kami. Laporan tersebut menggariskan usaha Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami, yang fokus ke atas menjalankan perniagaan dalam cara yang bertanggungjawab untuk pasukan kami, komuniti Snapchat kami, rakan kongsi kami dan dunia yang lebih luas yang mana kita adalah sebahagian daripadanya.
Ini adalah kerja yang penting buat Snap. Kami percaya bahawa ia adalah imperatif moral untuk perniagaan bekerja ke arah mencipta satu masyarakat yang sihat dan selamat, dan kami tahu ia penting untuk beratus juta Snapchatter yang menggunakan perkhidmatan kami setiap hari.
Laporan CitizenSnap kami menawarkan satu gambaran keseluruhan yang komprehensif akan kerja yang kami lakukan sepanjang 2020 untuk menyokong komuniti kami dan rakan kongsi kami, termasuk usaha untuk memberitahu dan mendidik Snapchatter semasa pandemik global, memperkasakan mereka untuk membuat suara mereka didengari melalui pengundian, dan mengetengahkan pelbagai suara dan cerita. Kami melakukan ini sambil menguatkan lagi komitmen kami untuk membina privasi, keselamatan dan etika dalam produk dan platform kami, dan terus bekerja ke arah menjadi satu syarikat yang lebih pelbagai, inklusif dan anti perkauman.
Laporan kami juga memperkenalkan strategi cuasa tiga bahagian yang bercita-cita tinggi, untuk melakukan peranan kami dalam mengambil tindakan pada kadar dan skala yang diperlukan. Kami bangga untuk berkongsi bahawa kami kini sudah menjadi syarikat karbon neutral, pada masa lalu, sekarang dan masa depan. Kami telah mengadopsi sasaran pengurangan pengeluaran berasaskan sains dan diluluskan oleh organisasi yang memimpin inisiatif tersebut secara global, manjadikan kami antara satu-satunya syarikat dalam industri kami yang melakukannya. Dan kami telah memberi komitmen untuk membeli 100% elektrik yang boleh diperbaharui untuk fasiliti kami seluruh dunia. Komitmen ini hanya satu permulaan. Kami akan terus mengembangkan program cuaca kami untuk kekal dengan amalan terbaik, dan kami memulakan dengan proses untuk membuat komitmen Net Zero menjelang tahun depan.
Untuk melengkapi laporan kami, hari ini kami juga memperkenalkan satu Kod Tatakelakuan yang telah diubah. Kod baharu ini menawarkan kepada anggota pasukan kami kerangka kerja membuat keputusan yang beretika yang dirancang untuk membantu kita berfikir secara meluas tentang apa yang dimaksudkan dengan melakukan perkara yang betul, untuk semua pihak berkepentingan kita, dalam perniagaan antarabangsa. Kerangka kerja ini adalah berasakan nilai kebaikan syarikat kami. Untuk menjalankan perniagaan dengan baik hati bermakna kita mempunyai keberanian untuk mendengar dan berbicara perkara yang benar, menggunakan empati untuk memahami kesan tindakan kita, dan memilih tindakan yang menanamkan kepercayaan dengan pihak berkepentingan kita. Kod ini membantu kita bukan sahaja mengelakkan salah laku, tetapi mencari jalan untuk mempromosikan kesejahteraan pihak berkepentingan kita sebagai sebahagian daripada maksud menjalankan perniagaan yang bertanggungjawab.
Tahun lepas, kami menulis bahawa Laporan CitizenSnap kami adalah "draf kasar", mencerminkan keinginan kami untuk belajar, berkembang dan berulang-kali. Itu masih benar, dan akan sentiasa kekal begitu. Dari permulaan lagi, kami telah membuat pilihan yang berbeza tentang bagaimana kami membina platform kami dan menjalankan perniagaan kami. Kami telah dan kekal fokus untuk jangka masa yang panjang. Ketika kami melihat ke masa depan, kami akan terus bersikap telus tentang apa yang telah kami capai dan sekiranya kami gagal. Dan kami akan terus membuat keputusan yang fokus ke atas menjana kepercayaan komuniti kami.
Laporan CitizenSnap mencerminkan kerja keras dan semangat banyak pasukan di dalam syarikat kami, terutamanya di dalam tahun yang sangat mencabar. Saya sangat berterima kasih kepada anda semua tentang bagaimana jauh kami telah sampai -- dan bertenaga untuk kerja-kerja yang akan datang.
Evan