Hari ini Snap Inc. menganjurkan hari pelabur yang pertama dengan menyorot produk, perniagaan, komuniti dan peluang kami pada masa hadapan. Acara ini menekankan misi kami untuk menyumbang kepada kemajuan manusia dengan memberi kuasa kepada orang untuk mengekspresikan diri, hidup pada masa ini, belajar tentang dunia, dan bergembira bersama
Evan Spiegel, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, memulakan acara maya ini yang merangkumi pembentangan daripada sembilan pemimpin di seluruh pasukan produk, perniagaan, pemasaran, kejuruteraan, kandungan dan kewangan kami. Ketika pembentangan tersebut, kami membincangkan secara keseluruhan tentang pengembangan produk Snapchat ke platform dan perniagaan yang lebih besar. Semasa pengenalan, Evan menerangkan visi kami untuk kamera, yang digunakan oleh 265 juta orang setiap hari.
Kamera pada suatu ketika dahulu nerupakan alat yang penting untuk mendokumentasikan momen penting dan kini telah menjadi suatu platform yang hebat untuk ekspresi diri dan komunikasi visual. Terdapat 5 bilion Snap setiap masa pada setiap hari. Dan kerana 150 peratus daripada Generasi Snapchat cenderung untuk berkomunikasi dengan gambar dan bukannya perkataan, kamera akan menjadi semakin penting sebagai cara kita berinteraksi dan membina hubungan dengan rakan dan keluarga kita. "
Sila lihat transkrip dan video tentang hari tersebut di sini.