
Snapchat+: 11 Juta Pelanggan
Hari ini kami teruja untuk berkongsi bahawa Snapchat+, perkhidmatan langganan kami yang menawarkan akses kepada ciri awal dan eksklusif, kini mencapai lebih daripada 11 juta pelanggan.
Pada tahun 2022, kami memulakan Snapchat+ dengan hanya enam pengalaman, dan dalam masa beberapa minggu sahaja, kami mencapai 1 juta ahli. Kini pelanggan mempunyai akses kepada lebih 40 ciri eksklusif, termasuk Kertas Dinding Sembang, Ikon Aplikasi Tersuai dan Haiwan Peliharaan Bitmoji AI. Komuniti Snapchat+ kami juga merupakan yang pertama mencuba beberapa ciri kegemaran kami, termasuk Snapchat untuk Web dan My AI, yang kini tersedia untuk Snapchatter di seluruh dunia.
Kami teruja untuk terus mengembangkan dan membangunkan perkhidmatan yang disukai oleh Snapchatter ini dengan ciri-ciri yang membantu mereka menjadi diri mereka yang paling tulen dan mengeratkan hubungan mereka dengan rakan, keluarga dan dunia di sekeliling mereka.
Selamat Bersnap!
