Penyelidikan Bebas Baharu Menunjukkan Kesan Positif Snapchat terhadap Kesejahteraan & Kerapatan Persahabatan
Penyelidikan bebas baharu dari Negara Belanda dan Australia mengesahkan bagaimana kami telah mereka bentuk Snapchat dari awal - sebagai suatu alternatif kepada media sosial di mana komuniti kami boleh berhubung dengan rakan dan keluarga.
Universiti Amsterdam 1 menjalankan penyelidikan ke atas penggunaan platform media sosial dan menyimpulkan bahawa Snapchat adalah satu-satunya platform yang memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan. Penemuan daripada kajian tersebut menyatakan bahawa:
“Kami mendapati kesan negatif yang konsisten terhadap masa yang dihabiskan dalam TikTok, Instagram dan Youtube merentas ketiga-tiga dimensi kesihatan mental. Sebaliknya, menghabiskan masa di Snapchat memberi kesan yang positif kepada keakraban dan kesejahteraan persahabatan tetapi tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga diri.
“Kesan positif dan nol yang dikaitkan dengan Snapchat dan WhatsApp imemberi indikasi bahawa kami harus mengelakkan kutukan menyeluruh terhadap semua platform media sosial.”
Tiga organisasi kesihatan mental Australia baru-baru ini bersama-sama menyerahkan hasil penyelidikan sebagai sebahagian daripada penyiasatan Parlimen Australia terhadap media sosial dan masyarakat Australia. Penemuan tersebut, yang diambil daripada The Future Proofing Study, kaijan membujur terbesar terhadap kesihatan mental belia, mendedahkan bahawa:
“[Berbeza dengan platform lain], bilangan jam yang tinggi pada Snapchat tidak didapati dikaitkan secara ketara dengan mana-mana gejala kesihatan mental yang diperiksa.”
“Kajian tersebut mendapati tiada bukti untuk menunjukkan bahawa menggunakan media sosial untuk memudahkan perhubungan yang dikaitkan dengan kesihatan mental lebih buruk. Sebaliknya, ia mendapati bahawa lebih kerap menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan orang yang dikenali remaja dalam kehidupan sebenar telah dikaitkan dengan gejala kemurungan dan membimbangkan yang lebih rendah. Ini mungkin menerangkan mengapa bilangan jam yang lebih tinggi menggunakan Snapchat tidak dikaitkan dengan mana-mana gejala kesihatan mental yang diperiksa kerana Snapchat adalah aplikasi permesejan yang digunakan terutamanya untuk berkomunikasi dengan rakan mereka.”
Walaupun kami telah bekerjasama dengan organisasi terkemuka termasuk NORC Universiti Chicago dan YouGov untuk menugaskan penyelidikan kami, kami teruja melihat kajian bebas kami mengukuhkan bahawa Snapcha adalah platorm yang menyokong persahabatan dan menyumbang kepada lebih banyak kebahagiaan.